CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 1

[Tempatan] Henti amalan bina bangunan tanpa kelulusan PBT

[Copy link]
Post time 21-1-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Henti amalan bina bangunan tanpa kelulusan PBT


Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM) mahu amalan membina struktur bangunan tanpa kelulusan PBT dihentikan. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM) mahu amalan membina struktur bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dihentikan dalam usaha mencapai matlamat Pembangunan Berdaya Tahan Iklim.

Presiden ACAM, Ar Jafri Merican, berkata usaha itu sukar dicapai dalam tempoh beberapa dekad, selagi orang ramai terus membina struktur haram di atas tanah milik persendirian tanpa kelulusan PBT.

Katanya, struktur sebegitu kebiasaannya dibina tanpa berunding dengan pakar seperti arkitek dan profesional bersekutu berkelayakan untuk menasihati serta merekabentuk bangunan yang sesuai dengan konteks, mampan, cekap tenaga dan mempunyai jejak karbon yang baik.

"Rekabentuk sebegini dalam jangka masa panjang dapat membantu menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan penyesuaian iklim.


Presiden ACAM, Ar Jafri Merican.

"Selain itu, isu kritikal seperti kestabilan tapak, saliran, aras banjir pembangunan, impak kepada ekologi, peningkatan trafik dan banyak lagi perkara yang membabitkan alam sekitar.

"Perkara ini jika dibiarkan tanpa penyelesaian akan membawa kesan buruk yang akan menggugat keupayaan kawasan bandar dan luar bandar dalam menghadapi kesan buruk perubahan iklim yang kini menjadi krisis global," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembangunan tidak bertanggungjawab yang dibina tanpa menangani isu berkenaan, boleh menyebabkan infrastruktur saliran semasa tidak berkesan dalam menyuraikan sejumlah besar air hujan tropika.

Katanya, banyak longkang yang tidak dirancang dan dibina secara 'adhoc' tidak disambungkan dengan berkesan ke longkang monsun, mengakibatkan banyak kawasan berlopak dan menyekat saluran keluar ke infrastruktur saliran sedia ada.

"Justeru, ACAM menggesa orang ramai untuk mengamalkan pemikiran positif dengan menerima idea Pembangunan Berdaya Tahan Iklim sebagai jalan ke hadapan bagi Malaysia.

"Strategi untuk mencapai matlamat Pembangunan Berdaya Tahan Iklim sudah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan sejak itu, kerajaan dan sektor swasta sudah mengambil banyak langkah positif ke arah ini, namun langkah lebih berkesan masih diperlukan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden ACAM, Ar Bobby Low, berkata terdapat peraturan ketat yang mungkin kurang diketahui oleh orang ramai di bawah Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Katanya, pada Bahagian V Klausa 70 dan subseksyen (1) dan (2) secara khususnya menyatakan bahawa 'tiada seorang pun boleh mendirikan mana-mana bangunan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT dan lukisan bangunan mesti dikemukakan oleh Orang Berkelayakan iaitu bila berkenaan bangunan adalah seorang arkitek dan untuk bangunan kecil, Pelukis Pelan Berdaftar'.

"Di Subseksyen (11) pula menyatakan denda yang tinggi boleh dikenakan akibat melanggar peruntukan Akta di mana dalam kes pengubahsuaian haram, denda tidak melebihi RM25,000 dengan perintah untuk mengubah dan merobohkan lanjutan haram itu dikenakan.

"Subseksyen (12) pula menyatakan denda akibat menggunakan bangunan untuk tujuan yang berbeza daripada niat asalnya adalah berjumlah RM25,000 dengan denda selanjutnya sebanyak RM100 bagi setiap hari kesalahan diteruskan.

"Subseksyen (14) menyatakan denda bagi bangunan tanpa kelulusan, yang melanggar Subseksyen (13), apabila sabit kesalahan akan dikenakan pada kadar tidak kurang lima kali ganda, tetapi tidak melebihi 20 kali ganda, bayaran fi kemukaan pelan bangunan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri," katanya.

Bagi mantan Presiden ACAM, Ar Jasmeet Singh Sidhu, pula berpendapat bahawa sekadar mengenakan denda dan pemantauan akan cuma sedikit sebanyak sahaja menghalang orang ramai daripada amalan yang melanggar undang-undang.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... tanpa-kelulusan-pbt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 02:11 PM | Show all posts

Sape Nak Tangkap?

Polis ke??  Sebab tu la jadi..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.511546 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list