CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3992|Reply: 76

[Tempatan] Polis siasat kelab kereta bergambar di lorong kecemasan

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Polis siasat kelab kereta bergambar di lorong kecemasan

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... i-lorong-kecemasan/

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
24 Januari 2022, 2:04 pm


Gambar kelab kereta tersebut yang tular di media sosial.

SEREMBAN – Polis akan memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta selepas gambar mereka berkumpul di lorong kecemasan di Jalan Temiang-Pantai di sini tular melalui media sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, tindakan itu dibuat selepas pihaknya mengesan hantaran menerusi Facebook yang memaparkan sekumpulan individu daripada kelab kereta ‘FCCM-FC Club Malaysia’ memberhentikan kereta untuk bergambar di lebuh raya berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang, Sabtu lalu.

“Polis akan panggil ketua kelab itu dahulu untuk memberi keterangan, kita sudah kenal pasti kira-kira 48 buah kereta setakat ini.

“Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fazley, jalan Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit tetapi tindakan mengambil gambar seperti yang tular itu boleh mengundang bahaya.

“Justeru, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu berkenaan mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

“Hukuman denda juga boleh dikenakan ke atas individu yang terlibat di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.

Mohd Fazley turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

“Perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan akan dilakukan bagi menyelaras tindakan lanjut selain cadangan bagi menyediakan tempat khusus di kawasan berkenaan untuk orang ramai bergambar serta menjaja,” katanya.

Semalam tular di media sosial Facebook selepas pemilik akaun kelab kereta itu memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan deretan kenderaan dipercayai milik ahli kelab berhenti di laluan kecemasan kedua-dua arah untuk mengambil gambar yang didakwa merupakan sebahagian daripada aktiviti lepak santai mereka. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 02:35 PM | Show all posts
sedang menggelupur laa monyet2 tersebut..nak bayar saman lagi nak bayar loan keta lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 02:44 PM | Show all posts
honda dan bodoh berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 02:44 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmm.nape nak park kat lorong emergency. Park kat rumput tu boleh kan. Lagi luas apa space.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 02:55 PM | Show all posts
kelab kereta TERPALING

tp to be fair, byk lagi kelab2 kereta duk jadi peghak dgn view situ

sila ambik tindakan jugak ye pdrm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Area tu juga port rider naik basikal.
Ngengada la korang pegi poyo up ke media soc tk pasal2 tk dpt lagi masuk area Temiang.
Mesti polis selalu akan buat rondaan kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:01 PM | Show all posts
ni bukan kali pertama...dulu pun ada cooper ke volkswagen buat benda bodoh macam ni kat highway yang sama..

kebodohan tiada batasan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 03:15 PM | Show all posts
hebat sgt dpt naik Honda tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:16 PM | Show all posts
oohh..ni kelab loan bini gomen tu ek....akkakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:18 PM | Show all posts
ToungeSoup replied at 24-1-2022 02:44 PM
honda dan bodoh berpisah tiada

kalau dulu la tahun honda acura tgh naik aku tengok dorang pon steady je.. zmn now mcm budak hingus baru dpt kunci kereta aku tengok yang naik Honda ni.. menyampah gile
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa rakyat malaysia ni suka sngat bergambar? Pantang ade tempat cantik sikit, laju je kerumun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:30 PM | Show all posts
Selayaknya...bodoh...cool sgt ke bergambor kat ctu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:38 PM | Show all posts
Asal Honda aje terus meleleh. Macam jadi benchmark plak. Padahal kat Jepun sana ranking no 3 aje bawah Suzuki. Even Suzuki + Honda pun still tak boleh nak lawan Toyota.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:42 PM | Show all posts
Edited by MengkuduMasam at 25-1-2022 03:18 PM

sial laa depa semua nih...

nanti x pasal jalan ni jd mcm kat KLIA port tgk airplane landing tu...Kene tutup terus..

elok2 blh enjoy the view.. langsung xleh dah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:48 PM | Show all posts
sakai tiada penghujung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
memandangkan jln nie dekat ngan umah haku, tp view nyer biashe2 je tp cantik la ngan pokok2 atau bukit hijau, lbh2 kurang ngan bypass Kat ulu bendul tu view cantik menghijau...tp haku suka Kat bypass rwg kg haku sinun situ view lg cantik sbb nampak bando rwg ngan lampu lip lap tp x boleh tanding ngan bukit ampang sinun lerr sbb view klcc...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin bodoh manusia zaman skrg...pengerusi fan club mana yg dorang join. Xde keje yg lebih berfaedah ke nk buat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:00 PM | Show all posts
acikhan replied at 24-1-2022 03:57 PM
memandangkan jln nie dekat ngan umah haku, tp view nyer biashe2 je tp cantik la ngan pokok2 atau buk ...

kannnn..biase je view kt situ..lebih kurang mcm highway nk ke Desaru tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:07 PM | Show all posts
MengkuduMasam replied at 24-1-2022 03:42 PM
sial laa depa semua nih...

nanti x pasal jalan ni jd mlm kat KLIA port tgk airplane landing tu...Ke ...

pelik betul grup keta BBNU ni..mmg berbeza betul ye grup keta bdk muda dgn org2 tua ni..
aku pernah skali join grup mpv hyundai trajet..kebanyakkan pakcik pencen tp ade jgk bdk2 muda awal 40ann..laki aku lah tu..hahaha
buat family day kt pengkalan balak..datang asing2, xde nk konvoi ramai2 sesakkkan jln..
tau2 mlm semua dah berkumpul..buat program family..siang esok check keta masing2..xde nk vroom vroom bg org sakit telinga..
nk check out pun smooth je tak de hingar bingar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.085499 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list