CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Sarawak] Nikmati coklat berperisa laksa Sarawak pertama di Malaysia

[Copy link]
Post time 2-2-2022 10:33 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kebelakangan ini usahawan makanan di Sarawak semakin rancak dan kreatif dalam penghasilan produk jualan mereka.

Salah seorang usahawan tersebut adalah Mastika Jamali yang telah menghasilkan mempromosi produk makanan Sarawak ke seantero dunia.

Menurut TVS, Mastika telah menghasilkan pemanis mulut yang tidak pernah didengar sebelum ini, iaitu penghasilan produk coklat perisa laksa Sarawak.

Menurutnya inovasi itu sama sekali tidak menghilangkan rasa asli coklat mahupun rasa laksa Sarawak itu sendiri.

Idea tersebut katanya tercetus selepas lawatannya ke Jerman sebelum ini, kerana teruja melihat inovasi coklat di negara eropah itu yang mempelbagaikan perisa coklat.

“Apabila saya balik dari Jerman, idea saya terus tercetus kerana Jerman banyak menghasilkan coklat pelbagai perisa seperti oren, strawberi dan banyak lagi,” katanya

Ditemui TVS dalam program ‘Sejahtera Asia’, beliau berkongsi ramuan yang terdapat dalam coklat tersebut yang mana beliau telah menggunakan hampas daripada bumbu laksa Sarawak dan dijadikan coklat, melalui penghasilan daripada bumbu tersebut tiada pembaziran berlaku.

“Ramuan yang saya guna dalam menghasilkan coklat laksa Sarawak ini adalah menggunakan hampas laksa Sarawak dan tiada pembaziran kerana kita dapat guna semua bahan laksa tersebut,” katanya lagi

Bercerita lanjut Mastika berkata dalam dunia perniagaan beliau tidak lari dari cabaran, antara cabaran yang dihadapinya adalah ketika mencipta produk terbarunya yang mana pada mulanya keluarga beliau sendiri tidak percaya beliau berjaya menghasilkan produk coklat daripada laksa tersebut.

“Keluarga saya sendiri cakap satu idea yang tidak masuk akal apabila saya gabungkan coklat dengan bumbu laksa, tetapi saya tetap untuk terus berusaha mengkaji dan terus mencuba untuk menghasilkan coklat laksa ini,”

“Dalam tempoh bercubaan saya banyak suruh kawan-kawan saya mencuba dan keluarga saya sendiri, tetapi saya mendapat maklum balas yang positif mengenai penghasilan coklat laksa tersebut, malah ada yang maklum rasa coklat tersebut lain daripada yang lain,” ujarnya lagi

Pada masa yang sama, produk beliau juga tidak menggunakan susu, namun beliau menggunakan santan sepenuhnya dan yang paling istimewa mengenai produknya adalah mempunyai daun ketumbar di dalam coklatnya.

“Selama tiga bulan saya membuat eksperimen untuk menghasilkan kombinasi antara santan dengan coklat dan rempah bukan perkara yang mudah, namun saya tidak pernah berputus asa untuk menghasilkan produk coklat saya sendiri,”

“Pernah saya buat eksperimen coklat yang dihasilkan belum sampai sebulan sudah tidak dapat dimakan atau basi, ada masanya coklat tersebut rasa terlebih masam sebab banyak rempah,” katanya lagi.

Tambah beliau, “coklat dapat menghasilkan tenaga manakala bumbu laksa dapat memanaskan badan, jadi produk yang dihasilkan oleh saya ini sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan kita,”


sarawakvoice.com/2022/02/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.093212 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list