Tak dapat ambil baju, dipecahkannya pula mesin basuh[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]Safuri Kamarudin
[email protected]
MESIN basuh yang dirosakkan seorang lelaki di sebuah kedai dobi. FOTO Ihsan PDRM
Baling: Seorang lelaki diberkas polis selepas memecahkan mesin basuh di sebuah kedai dobi di Jalan Putra, Taman Tanjung Puteri, Kuala Ketil, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, lelaki berusia 38 tahun terbabit merosakkan mesin basuh berkenaan menggunakan sebatang besi selepas tidak dapat membuka pintu mesin basuh itu untuk mengambil pakaiannya.
Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.25 malam. Beliau berkata, sekitar 11.30 malam, anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dibantu anggota Balai Polis Kuala Ketil membuat serbuan di belakang sebuah bangunan di pekan Kuala Ketil dan menangkap suspek.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku merosakkan mesin basuh di kedai berkenaan selepas tidak dapat membuka pintu mesin basuh itu untuk mengambil baju miliknya.
"Suspek juga didapati positif dadah methaphetamine selepas ujian air kencing dijalankan, selain mempunyai enam rekod kesalahan lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
|