CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Sarawak] Cubaan tujuh PATI lolos ke Sarawak gagal

[Copy link]
Post time 4-2-2022 07:39 PM | Show all posts |Read mode


Kesemua PATI yang cuba meloloskan diri ke Malaysia ditahan dan diusir oleh pasukan keselamatan di sektor Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan Serikin.

KUCHING: Cubaan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ingin memasuki negara ini melalui lorong tikus di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Strass gagal apabila tindakan itu dipatahkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini pada malam Khamis.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan ketujuh-tujuh PATI itu dikesan ketika anggota Ronda Jarak Jauh (RJJ) sedang melaksanakan tugas sekitar jam 8.15 malam.

Menurutnya, anggota terserempak dengan tujuh orang yang mencurigakan di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Stass iaitu 200 meter dari sempadan Indonesia Malaysia.
"Pemeriksaan awal mendapati kesemua individu tersebut merupakan warga Indonesia terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita.

"Mereka yang berusia sekitar 23 hingga 44 tahun juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati kesemua PATI tersebut buat kali pertamanya ingin masuk ke Malaysia bagi tujuan mendapatkan pekerjaan.

"Bagaimanapun, tiada rampasan yang dibuat terhadap PATI dan mereka telah diusir di kawasan sempadan Malaysia Indonesia di Pos Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) pada jam 10.30 malam," jelasnya.

Justeru, Tentera Darat Malaysia (TDM) terus kekal siaga dan komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan PATI.

"Ini termasuklah sebarang bentuk jenayah rentas sempadan yang berisiko menyumbang kepada penularan pandemik COVID-19," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 1.068061 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list