CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

[Kelantan] Tiga tahun hilang: Wanita dakwa sudah berkahwin

[Copy link]
Post time 21-2-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun sebelum ditemui di Kampung Perupuk, Pasir Mas, Rabu lalu mendakwa sudah berkahwin dengan lelaki berusia 60-an.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, perkara itu dimaklumkan oleh mangsa ketika keterangan wanita itu diambil.

Katanya, wanita terbabit mendakwa mereka berkahwin di Thailand hampir tiga tahun lalu.

"Bagaimanapun, ketika keterangan diambil, wanita terbabit gagal mengemukakan sijil nikah yang dikatakan sudah berkahwin di Thailand.

"Pada masa sama, wanita terbabit turut mendakwa tinggal di beberapa lokasi di Kelantan sebelum ini termasuk di Kuala Krai dan Pasir Mas sebelum ditemui pihak polis," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan pasangan warga emas yang tinggal bersama-sama wanita terbabit bagi mengambil keterangan.

"Pasangan suami isteri berkenaan menghilangkan diri dan kita sedang mengesan kedudukan mereka.

"Keadaan mangsa kini masih belum stabil kerana dia belum mampu menceritakan apa yang berlaku terhadapnya selama tempoh kehilangannya itu.

"Kita tidak mahu terus menekan mangsa untuk mendapatkan maklumat sebaliknya memberikan dia ruang terlebih dahulu sebelum keterangan lanjut diambil," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, selepas hampir tiga tahun seorang wanita dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya menaiki bas ekspres untuk bekerja di Putrajaya, akhirnya terjawab apabila ditemukan di sebuah rumah dekat Kampung Perupuk, Pasir Mas di sini, Rabu lalu.

Kehilangan wanita berusia 26 tahun itu dilaporkan ahli keluarganya di Balai Polis Ketereh pada November 2019, apabila mereka gagal menjejakinya selepas dihantar menaiki bas ekspres dengan alasan mendapat kerja di Putrajaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.153237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list