CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Sarawak] Elektrifikasi sama rata di luar bandar Sarawak

[Copy link]
Post time 23-2-2022 11:23 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sekitar 97 peratus komuniti di luar bandar Sarawak kini mempunyai akses kepada elektrik 24 jam melalui rangkaian grid termasuk tenaga solar dan sistro hidro mikro.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata walaupun berdepan banyak cabaran dalam usaha menerangi Sarawak, namun pencapaian itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk menaik taraf kualiti hidup rakyat khususnya dalam komuniti luar bandar.

“Saya pasti dengan usaha berterusan dan bersepadu, kita akan mencapai 100 peratus sasaran kadar elektrifikasi domestik menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Dialog Awam Seratus Tahun Sarawak Energy: 100 Tahun Memperkasakan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili.

Menurut Abang Johari, kawasan luar bandar Sarawak mesti dilengkapi dengan semua infrastruktur asas dan kemudahan untuk membolehkan masyarakat mengambil bahagian dalam aktiviti penjanaan kekayaan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Oleh itu, katanya untuk mengurangkan jurang antara masyarakat bandar dengan luar bandar, Kerajaan Sarawak telah melangkah ke arah pembangunan sosioekonomi dan transformasi luar bandar.

Jelasnya ia untuk memastikan Sarawak boleh menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi serta mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. “Saya sangat gembira dengan perkembangan kita menerangi Sarawak terutama masyarakat terpencil kita melalui Pelan Induk Elektrifikasi Luar Bandar Dipercepatkan di bawah projek rakyat, dengan kerjasama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta Sarawak Energy,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata keterangkuman sosial adalah kunci kepada sasaran pembangunan mampan Sarawak.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan semua rakyat Sarawak mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian pembangunan keseluruhan negeri dan menikmati pengagihan kekayaan yang saksama melalui peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Ini termasuk memastikan semua orang mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti elektrik selaras dengan Matlamat Pembangunan No. 7, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu tenaga mampu milik dan bersih untuk semua,” katanya.


sarawakvoice.com/2022/02/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 1.063638 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list