CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 630|Reply: 1

[Kelantan] Cek mek molek 10 sen saja...

[Copy link]
Post time 24-2-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Rahimah menunjukkan cek mek molek yang dijualnya dengan harga 10 sen sebiji sejak 20 tahun lalu.

KOTA BHARU - Kenaikan harga kos bahan mentah terutama ubi keledek tidak menjadi alasan kepada seorang ibu tunggal di Pasar Berek 12 untuk menjual kuih tradisional Kelantan iaitu cek mek molek pada harga 10 sen sebiji.

Rahimah Zakaria, 46, berkata, lebih 20 tahun kuih itu dijual dengan harga berkenaan dan baginya ia merupakan sebahagian daripada 'pelaburan' akhirat kerana mahu semua orang menikmati hidangan tersebut pada harga rendah.

"Setiap hari saya akan menjual kira-kira 20 kilogram (kg) cek mek molek.

Bagaimanapun jumlah itu akan naik sebanyak 10kg pada hari Jumaat.

"Ia kerana kuih ini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemarnya," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.


Orang ramai memenuhi gerai jualan cek mek molek Rahimah di Pasar Berek 12, Kota Bharu untuk mendapatkan kuih tradisional Kelantan itu pada harga 10 sen sebiji.

Menurutnya, rata-rata pelanggan menyifatkan harga yang ditawarkan itu luar biasa dengan kos bahan mentah ketika ini.


Katanya, reaksi balas yang diberikan itu cukup melegakan dan memberi semangat kepadanya untuk terus berniaga cek mek molek.

Ibu tunggal yang lebih mesra disapa dengan Kak Mah berkata, setiap hari gerainya akan beroperasi pada jam 8 hingga 11 pagi.

"Paling banyak belian yang pernah dibuat oleh pelanggan saya ialah bernilai RM100.

"Rata-rata pelanggan yang datang ke gerai saya dari seluruh Malaysia," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... k-molek-10-sen-saja
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2022 08:33 AM | Show all posts
Sedapnyaa... Susah nak dapat yg byk ubi dr tepung.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.946308 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list