CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Sarawak] Jangan ternak babi buat masa ini hingga penyakit ASF hilang

[Copy link]
Post time 27-2-2022 08:23 AM | Show all posts |Read mode


Uggah berucap pada TDC cawangan kecil PBB Brutan Ulu dan Brutan Ili di Balai Raya Spaoh, hari ini.

KUCHING: Penduduk rumah panjang dilarang menternak babi terutama di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan terjejas Demam Babi Afrika (ASF).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penternakan babi boleh dimulakan semula selepas keadaan pulih.

“Jangan ternak babi buat masa ini hingga penyakit ASF hilang,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan tritahunan (TDC) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kubal Tengah di Rumah Mendit Unsu di Penom, Spaoh hari ini.

Sebelum ini, Uggah berkata, beliau menerima banyak laporan daripada ahli parti bahawa banyak ternakan babi mati ekoran jangkitan ASF.

Justeru, beliau menasihati mereka yang menternak haiwan berkenaan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, selain tidak membenarkan orang luar mengunjungi kandang ternakan masing-masing.

Turut diingatkan agar membuat laporan terus ke Jabatan Veterinar sekiranya ternakan mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan ASF.

Sementara itu, persidangan TDC itu masih mengekalkan beberapa ahli lama dan menampilkan beberapa muka baharu dalam jawatankuasa.

“Kita mesti terus memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi agar boleh berkhidmat kepada rakyat dengan baik dan sentiasa kekal relevan," tambahnya.

Beliau juga mengajak 3,000 pengundi baharu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban untuk menyertai PBB.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu yang turut mempengerusikan mesyuarat dan pemilihan itu.


utusanborneo.com.my/2022/02/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.876774 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list