CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 530|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: Lebih 100 penduduk terperangkap di surau lebih enam jam

[Copy link]
Post time 27-2-2022 05:41 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian mangsa banjir yang terperangkap berikutan hujan lebat berkumpul di surau Taman Perumahan Prima, Lubuk Jong, pada Ahad. Foto Bernama

PASIR MAS - Lebih 100 penduduk di Taman Perumahan Prima dekat Lubuk Jong, di sini, berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih enam jam akibat banjir sehingga terpaksa berlindung di surau taman perumahan berkenaan sejak pukul 2 pagi tadi.

Siti Hariaty Bee Mohd Ismail, 39, berkata, beliau terpaksa berlindung untuk menyelamatkan diri berikutan air di kawasan kediamannya naik secara mendadak sejak petang semalam (Sabtu).

"Saya bersama tiga anak berusia antara lima hingga 14 tahun terpaksa mengharungi banjir sejauh 300 meter pada pukul 2 pagi tadi selepas rumah saya dimasuki air hampir satu meter.

"Apabila hujan berterusan tanpa henti dan air naik dengan cepat, saya terus mengambil keputusan untuk berteduh di surau kawasan rumah ini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, pada Ahad.

Nazura Che Ali, 51, pula berkata, beliau tidak menyangka kejadian menjadi buruk selepas paras air meningkat secara mendadak dalam tempoh yang singkat.

"Saya tidak dapat menyelamatkan barang-barang keperluan termasuk barangan niaga habis rosak selain peti ais juga terbalik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Mas Kapten Pertahanan Awam Mohd Arif Mohd Zain ketika ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk, memaklumkan kejadian itu sekitar 3 pagi tadi.

"Disebabkan faktor keselamatan pihak kami memulakan operasi memindahkan mangsa banjir bermula pukul 8 pagi dengan kekuatan anggota seramai lima orang menggunakan sebuah trak tujuh tan.

"Kita berjaya memindahkan mangsa banjir mengikut keutamaan terlebih dahulu seperti warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU). Kesemua mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Apam Putra, Pasir Mas,” katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... urau-lebih-enam-jam
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.048213 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list