CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Sarawak] 249,000 rakyat Sarawak masih belum mendapat dos penggalak: Uggah

[Copy link]
Post time 28-2-2022 12:43 AM | Show all posts |Read mode


Uggah ketika melawat projek Taman Tebingan Sungai Spaoh yang dibangunkan dengan peruntukan RM6.2 juta.

BETONG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kira-kira 249,000 penduduk negeri ini masih belum mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.

Beliau berkata, suntikan dos penggalak sangat penting bagi mendapatkan perlindungan daripada COVID-19.

“Manfaatkan sepenuhnya peluang-peluang seperti ini disediakan oleh kerajaan. Dos penggalak ini menguatkan lagi dua dos suntikan vaksin yang diterima sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Tengah, Spaoh hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, setakat Sabtu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak memaklumkam kira-kira 86.3 peratus populasi negeri ini telah mendapat suntikan dos penggalak masing-masing.

Dalam perkembangan sama, beliau sekali lagi menasihati orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah jangkitan COVID-19 yang ditetapkan.

Menurutnya, varian Omicron pada masa ini mempunyai kadar jangkitan sangat tinggi.

Sementara itu, Uggah berterima kasih kepada pengundi yang telah memberi sokongan padu kepadanya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) yang lalu.

Beliau berkata, walaupun terdapat calon lain mencabarnya, pengundi di konstituensi itu memilih menyokongnya sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari PBB.

Ini kerana katanya, pengundi tahu GPS mempunyai pemimpin yang sangat baik iaitu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah membuktikan dirinya mengutamakan rakyat, prihatin dan berwawasan untuk semua rakyat.

“Mereka (pengundi) mahu beliau (Abang Johari) terus memimpin Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban melawat projek Taman Tebingan Sungai Spaoh yang dibangunkan dengan peruntukan RM6.2 juta dan pasar Spaoh (RM5 juta) yang sedang dalam proses pembinaan.


utusanborneo.com.my/2022/02/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.639045 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list