CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Kelantan] Terpaksa berteduh dengan lembu, kambing akibat banjir

[Copy link]
Post time 2-3-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode

KAMBING ternakan milik Siti Khatijah yang turut ditempatkan di dalam rumah separuh siap agar tidak ditenggelami banjir di Kampung Gual To'Deh, di sini. FOTO ihsan Pembaca

Rantau Panjang: Seorang penternak terpaksa berteduh di rumah separuh siap bersama kambing dan lembu peliharaan untuk menyelamatkan diri daripada air yang membanjiri kediamannya di Kampung Gual To'Deh, di sini.

Siti Khatijah Abdullah, 52, berkata, dia tiada pilihan lain selain berkongsi tempat berteduh bersama 28 kambing serta dua lembu di rumah milik anaknya, Noriza Jusoh, 34, yang masih belum siap sepenuhnya.

Katanya, kediaman itu dibina tinggi sebagai persediaan banjir dan dia sekeluarga berada di tingkat atas manakala kesemua haiwan ditempatkan di tingkat bawah kediaman itu kerana sudah buntu memikirkan cara menyelamatkan ternakannya.

"Rumah saya sendiri ditenggelami banjir separas hampir dua meter, manakala kediaman separuh siap milik anak tidak dinaiki air kerana dibina tinggi. Namun kami terperangkap sejak Sabtu lalu kerana penempatan dikelilingi air seperti berada di lautan.

"Nasib baik, kambing dan lembu sempat dibawa naik ke dalam rumah kerana jika dibiarkan sudah pasti mati kelemasan susulan banjir yang melanda di luar jangka dan paras air yang terlalu tinggi.

"Tiada tempat yang selamat buat ternakan saya sepanjang bah melanda, jadi tidak mengapalah kami berkongsi tempat berteduh dengan lembu serta kambing selain terpaksa menahan bau najis dan kencing," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Siti Khatijah berkata, dia bernasib baik kerana sempat membeli lima guni dedak untuk diberi makan kepada haiwan ternakan sepanjang tempoh banjir itu.

"Namun, makanan lembu dan kambing juga terpaksa dicatu yang mana hanya diberi makan sekali sehari sahaja berbanding tiga kali sebelum ini. Kesemua ternakan ini juga dipantau setiap masa kerana risau jatuh ke dalam air yang boleh menghanyutkan haiwan berkenaan.

"Saya risau pengalaman lepas berulang yang kerana haiwan peliharaan pernah mati akibat lemas, oleh itu kami terus mengambil keputusan mengalihkan haiwan itu ke dalam rumah memandangkan kediaman ini masih belum diduduki.

"Selain saya dan anak berada di tingkat atas, terdapat dua lagi keluarga iaitu jiran terdekat yang menumpang kerana tiada tempat hendak dituju selepas rumah mereka turut dinaiki air. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat juga sudah penuh untuk menerima kami," katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat menghulurkan bantuan kepada mereka sekeluarga walaupun menjadi mangsa yang tidak berpindah ke PPS kerana mereka sendiri tidak dapat ke sana susulan PPS sudah penuh dengan mangsa lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042125 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list