View: 495|Reply: 0
|
[Terengganu]
Tiada gangguan elektrik di Hulu Terengganu
[Copy link]
|
|
KESAN Tanah runtuh yang dipenuhi dengan kayu kayan yang hanyut dipercayai kayu balak selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu. FOTO Ghazali Kori
Kuala Lumpur: Operasi Stesen Janalektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu ditutup sementara sejak Ahad lalu berikutan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari SJSM kepada Grid Nasional tumbang akibat tanah runtuh.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Ir Baharin Din berkata, hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak Jumaat lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh.
Menurutnya, keadaan itu memutuskan perhubungan jalan keluar masuk ke SJSM pada 4 pagi Ahad lalu dan berlaku aliran mendapan yang membanjiri kawasan stesen, seterusnya mengalir ke Sungai Terengganu.
Katanya, kejadian tanah runtuh ketiga berlaku kira-kira 10 pagi hari yang sama yang turut meruntuhkan sebuah jambatan serta menara penghantaran 132kV.
"TNB mengambil langkah segera menghentikan operasi SJSM dan mengeluarkan warga kerja SJSM sebaik keadaan membolehkan mereka dipindahkan dengan selamat.
"Pelan Kesinambungan Bisnes (pelan tindakan kecemasan) turut diaktifkan sebaik kejadian tanah runtuh berlaku sebagai tindakan serta-merta untuk menangani situasi itu, termasuk penyelarasan dengan pihak berkepentingan, agensi kerajaan dan jabatan lain di TNB.
"Langkah-langkah lain turut membabitkan penilaian impak kejadian kepada struktur empangan dan pelaksanaaan langkah pemulihan bagi mengembalikan operasi SJSM. Penilaian awal mendapati integriti struktur empangan kekal kukuh dan selamat. Keadaan di sekitar Tasik Kenyir juga dijamin selamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memantau keadaan cerun selain mendapatkan khidmat pakar perunding luar untuk membuat penilaian terperinci integriti empangan.
"Kami menjangkakan kerja baik pulih ini akan mengambil hampir enam bulan kerana ia juga merangkumi kerja-kerja membersihkan semua halangan dan kelodak banjir, meminimumkan kesan hakisan dan mengelak kemungkinan hakisan lanjut serta selenggaraan pada peralatan dan aset-aset penjanaan.
"Langkah-langkah wajar bagi memastikan keselamatan stesen berada dalam keadaan terkawal juga sudah diambil," katanya.
Katanya, sepanjang penutupan sementara SJSM dengan kapasiti 400 megawatt ini, pihaknya memberi jaminan bekalan elektrik kepada pengguna di Pantai Timur tidak akan terjejas kerana boleh ditampung sumber penjanaan lain yang disalurkan menerusi sistem Grid Nasional.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|