|
Zakiah (kanan) dan Rubiah sedang memilih pakaian terpakai yang dihantar ke PPS di SK Menerong, Kuala Berang. FOTO BAHAROM BAKAR
Kuala Berang: "Saya memerlukan dapur, tos gas dan peralatan memasak termasuk periuk kerana semuanya rosak apabila rumah dinaiki air, Ahad lalu," kata suri rumah, Rubiah Abd Rahman, 51, dari Kampung Baru Gunung, Menerong, di sini.
Rubiah berkata, barang makanan seperti beras, minyak masak dan gula serta ikan sardin sudah mencukupi.
Menurutnya, tiada gunanya mempunyai barang makanan jika tidak dapat memasak berikutan dapur dan tong gas serta periuk nasi dihanyut arus deras," katanya.
"Walaupun banjir sudah pulih dan semua mangsa dibenarkan balik, tetapi dia bersama suami seta anak-anak terpaksa makan makanan berbungkus di pusat pemindahan sementara (PPS).
"Beras, minyak masak, gula, tepung gandum dan ikan sardin sudah diagihkan kepada semua mangsa banjir, tetapi tidak bole memasak kerana ketiadaan dapur, gas dan periuk nasi," katanya ketika ditemui PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Menerong, di sini, hari ini.
Sementara itu, Zakinah Shaary, 44, berkata mangsa banjir wanita juga amat memerlukan pakaian dalam kerana ada antara mereka terpaksa memakai pakaian sama sejak Ahad lalu.
"Walaupun ada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu menghantar pakaian di PPS, tetapi semuanya tidak boleh digunakan kerana saiz tidak sesuai.
"Kami amat memerlukan dapur, tong gas, periuk nasi dan pakaian dalam wanita," katanya.
Sementara itu, tinjauan di PPS SK Menerong mendapati kerja pembersihan sekolah berkenaan giat dilakukan oleh beberapa penuntut daripada universiti awam.
Tinjauan juga mendapati beberapa lori tangki termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihantar untuk memudahkan kerja pembersihan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|