CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[Sarawak] GLC, badan berkanun di Sarawak digesa terapkan kaedah CDR

[Copy link]
Post time 10-3-2022 07:47 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun di Sarawak digesa menerapkan kaedah tanggungjawab digital korporat (CDR) dalam amalan dan model operasi mereka.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, CDR adalah sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) Sarawak 2030 yang akan mempercepatkan tahap kemampanan dan integriti Sarawak.

“Ia akan membantu mempercepatkan tahap kemampanan dan integriti Sarawak dengan menggunakan data secara beretika untuk meningkatkan produktiviti, membina kepercayaan pelanggan dan mereka bentuk produk, perkhidmatan dan pengalaman bernilai tinggi.

“Selain itu, CDR akan meningkatkan jejak ekologi pendigitalan kita dan bertindak sebagai perlindungan kepada aset strategik kita,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakilinya sempena merasmikan Forum Kepimpinan Digital yang diadakan di Khazanah Auditorium Asia School of Business di Kuala Lumpur pada Rabu.


Abang Johari berkata, transformasi dan inisiatif digital perlu dijelaskan secara bertanggungjawab merentas kewangan, proses operasi dan tadbir urus.

Katanya, keseimbangan antara inovasi dan pematuhan kewangan mesti dipenuhi untuk mencapai matlamat strategik PCDS Sarawak 2030 dari konteks dalam kemudahan menjalankan perniagaan dan menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Beliau pada masa sama berharap organisasi di Sarawak untuk mempelajari dan memandu arah gangguan digital dan data sebagai usaha tindak balas berkesan kepada cabaran serta memacu pertumbuhan semasa landskap perniagaan ketika pandemik.

Katanya, dalam memulakan perjalanan transformasi digital, ia memerlukan penjajaran organisasi menerusi keupayaan seperti kelajuan, strategi, produk, pengalaman, kejuruteraan dan data.

“Tanpa data yang betul dan kukuh, syarikat tidak akan mempunyai input yang mencukupi untuk menganalisis arah aliran perniagaan dan membuat keputusan ramalan.

“Kita mesti bangkit dan mengambil peluang untuk belajar daripada amalan terbaik mengenai pembangunan bakat dan penanda aras kes penggunaan pelbagai platform digital untuk tenaga kerja yang terjejas hari ini dan mencipta set aliran hasil yang pelbagai,” katanya.

Tambah Abang Johari, sebagai peneraju digital dalam organisasi masing-masing, keperluan untuk mempertingkatkan usaha menjadi syarikat digital Bumiputera akan menentukan kelebihan daya saing dengan menganggap data sebagai aset strategik.

Katanya, ia untuk mendapatkan pandangan perniagaan dan bagaimana mempengaruhi keupayaan untuk bergerak dengan pantas dan berkualiti untuk mencipta nilai.

“Begitu juga dalam masa pandemik ini, pendidikan dan latihan mesti diberikan kepada pekerja dan bakat hari ini dalam bidang kemahiran baharu seperti kejuruteraan web, teknologi platform digital, pembangunan perniagaan, penganalisis data, pengkomputeran awan dan keselamatan siber.

“Lebih penting lagi, pekerjaan dan operasi perniagaan akan datang akhirnya akan disandarkan pada set data syarikat dan Platform Data Pelanggan (CPD), yang mewujudkan pengalaman dan kesetiaan pelanggan yang bersatu dan lancar, sekali gus memacu pertumbuhan,” katanya.

Beliau berkata, ekonomi gig memerlukan penjanaan keupayaan dengan meneroka idea untuk strategi digital dan data baharu, inovasi dan melaksanakan pelan tindakan yang sangat berkesan.

Ujarnya, kesemuanya berkemungkinan memerlukan perubahan organisasi atau disebut sebagai transformasi perniagaan digital atau secara ringkasnya 'Transformasi Digital.'

“Dalam konteks ini, sebagai pemimpin kanan dan yang baru dalam organisasi anda, jawapannya terletak kepada cara anda menjadi pemecah digital dan mula mencipta penyelesaian pintar serta mengguna pakai strategi digital yang akan memaksimumkan faedah teknologi baharu sambil meminimumkan gangguan jangka pendek yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Mengenai program diadakan, beliau menyampaikan ucapan penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri dan Sarawak Centre of Performance Exceence (SCOPE) kerana menganjurkan forum berkenaan.

“Acara ini penting kerana ia menandakan pengumpulan minda pemimpin korporat di Sarawak pada platform digital,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.230726 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list