Edited by Vellfire at 13-3-2022 02:10 PM

KUCHING: Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan Covid-19.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.
“Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Paediatric Intensive Care Unit) akibat Covid-19 meningkat sebanyak 94% untuk kesemua kategori 3 hingga 5, dengan peningkatan ketara untuk kategori 4 sebanyak 200%, diikuti kategori 5 sebanyak 125%,” katanya.
“Pengambilan vaksin Covid-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur 5-11 tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa ‘peralihan ke endemik’,” jelasnya.
Oleh itu, KKM sekali lagi menasihati ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak anda bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan Covid-19 dan komplikasinya iaitu MIS-C.
sarawakvoice.com/2022/03/13 |