CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 0

[Terengganu] Sudahlah memandu secara merbahaya, tumbuk polis pula

[Copy link]
Post time 15-3-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode

KERETA dipandu suspek yang melanggar lampu isyarat merah. FOTO ihsan polis

Kuala Terengganu: Seorang warga emas bukan saja memandu secara merbahaya tetapi turut bertindak biadap menumbuk anggota polis ketika pemeriksaan di Kampung Rahmat, Chalok, Bandar Permaisuri, Setiu, semalam.

Lelaki berusia 65 tahun yang bertindak agresif itu ditahan di sebuah rumah di kampung sama jam 12.30 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu Superintendan Ismail Man berkata, suspek sebelum itu dikesan memandu secara melulu dan merbahaya di Kilometer (KM) 47 hingga KM57 di Jalan Kuala Terengganu-Kelantan, Setiu.

Beliau berkata, anggota yang ketika itu melakukan pemantauan terserempak dengan suspek sebelum bertindak mengekori Perodua Axia terbabit.

"Sepanjang perjalanan itu, suspek dikesan memotong di garisan berkembar, memotong garisan panjang dan melanggar lampu isyarat merah.

"Turut berada di dalam kenderaan berkenaan ialah anak, menantu serta dua cucunya. Soal siasat mendapati ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Tepoh, Kuala Nerus untuk pulang ke rumah di Kampung Rahmat.

"Ketika pemeriksaan, suspek bertindak agresif dengan menumbuk kepala anggota yang bertugas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan peraturan lalu-lintas dipatuhi semua pengguna jalan raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.058451 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list