View: 350|Reply: 0
|
[Sarawak]
Wanita maut manakala penumpang cedera parah, pikap hilang kawalan masuk parit
[Copy link]
|
|

SERIAN, 15 Mac: Seorang pemandu wanita maut manakala seorang penumpang cedera parah apabila pikap yang dinaiki dipercayai hilang kawalan dan berpusing sebelum masuk ke dalam parit di Jalan Kuching-Serian, Batu 37 tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.44 tengah hari.
Pasukan Bomba yang tiba bertindak mengeluarkan pemandu yang tersepit namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Mayat mangsa yang berusia 52 tahun diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Manakala penumpang yang berusia 30 tahun terbabit telah dibawa ke hospital berdekatan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi kejadian.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|