CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Pahang] Rugi RM20,600 terperdaya pelaburan palsu dalam Telegram

[Copy link]
Post time 16-3-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Seorang pegawai sains mendakwa kerugian RM20,600 selepas menjadi mangsa tawaran pelaburan mata wang asing tidak wujud melalui aplikasi Telegram, kelmarin.

Sebelum itu, mangsa berusia 29 tahun tertarik dengan keuntungan tinggi selepas menerima mesej berkaitan pelaburan itu kira-kira 10.30 pagi ketika berada di sebuah hospital, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa kemudian membuat pindahan wang secara dalam talian berjumlah RM3,000 ke dalam akaun diberikan suspek.

Menurutnya, suspek memaklumkan mangsa mampu memperoleh keuntungan sehingga RM55,000 dalam masa enam jam selepas menyertai skim pelaburan itu.

"Mangsa yang mempercayai kata-kata suspek lalu memindahkan RM3,000 sebagai permulaan untuk pelaburan terbabit.

"Beberapa jam selepas itu, suspek meminta mangsa membuat pembayaran lain bagi pendaftaran sebanyak RM17,600 kononnya bagi tujuan mengeluarkan keuntungan pelaburan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa membayar sebanyak RM15,000 lagi sebagai caj untuk perkhidmatan bank.

Katanya, permintaan itu menimbulkan rasa curiga menyebabkan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan pemilik akaun bank digunakan suspek untuk transaksi pelaburan berkenaan

"Penipuan pelaburan melalui aplikasi Telegram kini dikesan semakin meningkat dan dipercayai modus operandi terbaharu digunakan kumpulan atau sindiket penipuan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.121946 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list