CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Kelantan] Terpengaruh dakyah punca Kelantan paling rendah ambil dos penggalak

[Copy link]
Post time 19-3-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah pihak tidak bertanggungjawab dikenal pasti antara punca ramai rakyat Kelantan takut mengambil dos penggalak Covid-19 sekali gus paling rendah mendapatkan suntikan dos berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata setakat semalam, hanya 24.4 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi dewasa di Kelantan telah menerima dos penggalak Covid-19.

"Sehingga kini, kita (Kelantan) paling rendah ambil vaksin, sedangkan pada April ini, kita sudah memasuki fasa peralihan ke endemik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-royong Pesisir Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Kundor yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB- BRI) Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, di sini hari ini.

Seramai 1,000 peserta terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan agensi kerajaan terbabit dalam program berkenaan.

Justeru, Dr Izani meminta rakyat negeri itu agar mengabaikan dakyah berkenaan dan segera mendapatkan suntikan dos penggalak bagi mengurangkan kesan lebih serius apabila dijangkiti Covid-19.

Beliau turut mengingatkan rakyat negeri itu supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19 terutama apabila negara ini memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.098208 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list