CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

[Terengganu] Tom, Hello Kitty sambut murid di SK Pusat Chabang Tiga

[Copy link]
Post time 21-3-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode

MASKOT Tom dan Hello Kitty menyambut kehadiran murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU: Seramai 172 murid tahun satu dan 25 murid prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga di sini begitu ceria apabila kehadiran mereka pada hari pertama persekolahan hari ini disambut oleh maskot Tom & Jerry dan Hello Kitty.

Mereka yang dihantar ibu bapa dan penjaga masing-masing seawal pukul 6.30 pagi teruja untuk datang ke sekolah.

Seorang bapa, Sulaiman Abdullah, 34, berkata, kemasukan pelajar termasuk anak sulungnya, Siti Sarah, 7, berjalan lancar dengan dibantu dua anggota polis.

Menurutnya, anaknya yang begitu teruja untuk bersekolah dan bertemu rakan baharu bangun seawal pukul 5 pagi.

“Walaupun agak risau dengan penularan Covid-19, saya yakin dengan persiapan dilaksana pengurusan sekolah selain telah mengingatkan anak agar sentiasa mengamalkan kebersihan.

“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah juga banyak membantu hari ini terutama dengan kehadiran maskot bagi menarik minat murid-murid,” katanya ketika ditemui di SK Pusat Chabang Tiga di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (Menjalankan Tugas), Awi Salleh melakukan tinjauan pengoperasian hari pertama persekolahan di sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 22,617 murid tahun satu memulakan persekolahan penggal baharu sesi 2022 secara bersemuka tanpa penggiliran di 281 buah sekolah rendah di seluruh negeri. –UTUSAN ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.186062 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list