View: 498|Reply: 0
|
[Sarawak]
Pusat Dialisis PBSM Permyjaya akan beroperasi tidak lama lagi
[Copy link]
|
|

MIRI: Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Permyjaya kini dalam peringkat terakhir sebelum dapat memulakan operasi.
Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ketua Pusat Dialisis Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pada masa ini pihaknya masih menunggu permeriksaan akhir dan kelulusan daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan lesen operasi.
“Apabila dibuka nanti, ia akan menyediakan kira-kira 40 mesin dialisis yang mampu menampung kapasiti seramai 240 pesakit di bahagian utara bandar raya ini iaitu Kuala Baram, Tudan, Senadin, Permyjaya dan Pujut.
“Ia sekali gus mengurangkan beban dan kesesakan di pusat dialisis sedia ada di Miri yang sangat padat dengan 344 pesakit,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menerima sumbangan mesin haemodialisis bernilai RM50,000 daripada Dayang Enterprise Holdings Berhad.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Eksekutif Dayang Enterprise Holdings Berhad Datuk Ling Suk Kiong, Timbalan Pengurus Besar Dayang Enterprise Sdn Bhd Joe Ling Siew Loung dan Pengurus Klinikal Pusat Dialisis Permyjaya Penny Kalong.
Dalam pada itu Lee berterima kasih kepada Dayang Enterprise Holdings Berhad dan semua pihak termasuk badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang memberikan sumbangan sama ada berbentuk kewangan atau mesin.
Beliau menambah, kesemua kelengkapan mesin peralatan cuci buah pinggang dari Jerman di pusat dialisis itu kini telah siap dipasang dan sedia digunakan.
oleh
Sudan Ajang
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|