CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 477|Reply: 0

[Sarawak] PBB Pantai Damai daftar belia sebagai ahli

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:58 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai sudah mula mendaftar golongan belia berusia antara 18 hingga 28 tahun sebagai ahli parti, kata Naib Presiden PBB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (gambar).

Menurut beliau, jenteranya telah bergerak selepas Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan untuk meminda perlembagaan parti bagi mewujudkan sayap baharu untuk golongan berkenaan pada Januari lalu.

“Bagi kawasan Pantai Damai, kita telah menubuhkan jawatankuasa khas bertindak (task force) yang terdiri daripada sayap Wanita dan Pemuda untuk menguruskan soal pendaftaran ahli baharu dalam kalangan belia ini.

“Setakat ini kita berjaya mendaftarkan seramai 200 belia menjadi ahli dalam sayap PBB Pantai Damai,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan PBB Cawangan N.4 Pantai Damai Sesi 2022-2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) berkata, jentera PBB Pantai Damai akan mempercepatkan proses pendaftaran itu yang sekarang ini sedang berlangsung.

“Saya jangkakan ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Justeru, kita mengajak belia dan beliawanis di kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Damai untuk menjadi ahli sayap belia kita,” ujarnya.

Beliau berharap apabila penubuhan sayap baharu untuk belia diumumkan secara rasmi nanti, pihaknya sudah ada senarai ahli PBB yang berusia 18 hingga 28 tahun.

Jelasnya, usaha mendaftar golongan belia berusia antara 18 hingga 28 tahun adalah sangat penting.

“Ia bukan sahaja untuk memastikan pengundi dalam usia berkenaan sentiasa memberi sokongan padu kepada PBB dan calon-calonnya pada pilihan raya akan datang.

“Bahkan untuk memperhebatkan lagi penglibatan anak-anak muda dalam arena aktiviti kemasyarakatan terutama dalam  ledakan teknologi hari ini,” katanya.

Pada 9 Januari lalu, Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, PBB akan meminda perlembagaan parti itu bagi mewujudkan sayap baharu untuk golongan belia berumur antara 18 hingga 28 tahun.

Penubuhan sayap itu katanya, dibuat bagi memberi peluang kepada golongan tersebut bersama-sama berkhidmat untuk kesejahteraan negeri Sarawak.

“Buat masa ini PBB ada sayap Wanita serta Pemuda…sekarang ini kita akan wujudkan satu sayap buat golongan belia 18 hingga 28 tahun. Kita wujudkan sayap ini kerana kita mahu mereka bersama-sama kita mengurus masyarakat.

“PBB adalah parti yang dinamik, kita juga mendengar aspirasi golongan muda dan kita akan sesuaikan dengan keadaan politik semasa,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di sini.

Abang Johari berkata, pindaan perlembagaan itu akan dilakukan pada Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) PBB yang dijadual diadakan Jun tahun ini.

“Sekarang ini kita sudah tubuhkan jawatankuasa untuk meneliti cadangan penubuhan sayap itu dan kita akan pinda perlembagaan pada TGM nanti,” kata pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu.

oleh
Marlinda Marzuki
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.161705 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list