View: 614|Reply: 0
|
Tiada pihak dapat 'komisen' sumbangan TMJ - Perak FC
[Copy link]
|
|
Tiada pihak dapat 'komisen' sumbangan TMJ - Perak FC
TUNKU Ismail (kiri) pada sidang media semalam. FOTO Hazreen Mohamad
Ipoh: Perak FC menafikan sebahagian daripada sumbangan RM400,000 yang diperoleh kelab itu daripada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baru-baru ini turut disalurkan kepada rakan kerja pemasaran sebagai 'komisen'.
Perak FC menerusi kenyataan di Facebook, malam ini berkata, Lembaga Pengarah (BOD) kelab yang dimiliki oleh syarikat Impact Media & Communication (IMC) itu bersetuju bahawa dana yang diperoleh berkenaan diberi pendekatan berbeza memandangkan ia hasil sumbangan dan bukan tajaan.
Menurutnya, Perak FC juga berbesar hati untuk mendedahkan akaun kelab sekiranya perlu, bagi membuktikan bahawa tiada pemberian komisen atau insentif kepada rakan kerja pemasaran seperti yang didakwa melalui sumbangan Tunku Mahkota Johor (TMJ) terbabit.
"Sebagaimana yang biasa dilakukan oleh IMC dan kebanyakan agensi pemasaran yang lain, Perak FC juga mengamalkan pemberian insentif dalam lingkungan lapan hingga 20 peratus kepada rakan kerja pemasaran atas apa jua penajaan yang berjaya diraih.
"Namun BOD bersetuju bahawa dana yang diterima daripada daripada TMJ diberikan pendekatan berbeza memandangkan ia adalah sumbangan dan bukan tajaan.
"Oleh itu Perak FC berbesar hati untuk mendedahkan akaun kami jika perlu berbuat demikian," kata kenyataan itu.
Terdahulu, pemilik laman Facebook Silver Retro mendedahkan RM400,000 wang sumbangan dipercayai merujuk kepada sumbangan oleh Tunku Ismail masih belum disalurkan kepada pemain dan jurulatih Perak FC.
Menerusi hantaran itu, dikatakan bahawa 15 peratus daripada sumbangan perlu diberikan kepada orang tengah yang mengatur sumbangan berkenaan sebagai 'komisen'.
Media pada semalam melaporkan Tunku Ismail mendedahkan beliau pernah membantu sekurang-kurangnya lima pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang berdepan isu tunggakan gaji, termasuk Perak FC yang dibantu beliau baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bangan-tmj-perak-fc
|
|
|
|
|
|
|
| |
|