|

KOTA KINABALU: Promenade Hota Kota Kinabalu kembali dengan tawaran hebat makan malam bufet sempena dengan bulan Ramadan bakal menjelang.
Pelbagai pilihan hidangan seperti makanan Melayu, Cina dan antarabangsa serta pencuci mulut sedia menanti para pelanggan bermula 6 petang sehingga 9.30 malam setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
Antara hidangan berkenaan ialah Kambing Golek, Nasi Briyani Kambing, Kari Kepala Ikan dengan Kacang Bendi, Udang Galah masak Lemak Cili Api, Rendang Daging Kinabalu, Sotong Kembang Masak Sambal Petai, Bubur Lambuk, Oxtail Asam Pedas, Singaporean Chilli Crab, Sup Gearbox serta banyak lagi.

Pencuci mulut yang disediakan adalah seperti kuih-muih, ice kacang, Puteri Mandi, Bubur Cha-Cha, aiskrim, kek, Soya Cincau serta banyak lagi.
Promosi untuk sekarang sehingga 29 Mac 2022 adalah RM98 nett. Selepas itu harga kembali normal iaitu RM139 nett (dewasa) dan RM70 (kanak-kanak). Tempahan awal sangatlah dialu-alukan.
Untuk tempahan para pelanggan boleh berhubung dengan Promenade Cafe di sini pada talian (60) (88) 252 396 atau layari laman web www.promenade.com.my.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|