CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak terima geran Kelab Rukun Tertangga RM6.2 juta

[Copy link]
Post time 22-3-2022 05:16 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING, 22 Mac : Sarawak menerima geran sebanyak RM6.2 juta pada tahun ini untuk melaksanakan aktiviti Kelab Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan menerusi Kementerian Perpaduan Negara itu akan mula disalurkan kepada KRT yang layak di seluruh negeri dalam tempoh terdekat.

Ujar beliau, ketika ini pihaknya sudah mengenal pasti sebanyak 13 kelab RT yang akan menerima geran berjumlah RM5,000.

“ Sarawak komited untuk bersama – sama menjayakan Pelan Pemantapan Kepimpinan Masyarakat RT yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara yang harmoni berpandukan Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Penyerahan Geran KRT Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah, Kota Samarahan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, kementeriannya turut bersedia menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak bagi mencapai matlamat yang digariskan dalam inisiatif berkenaan.

“Antara pendekatan yang boleh diambil ialah dengan memperkukuh dan mengaktifkan struktur gerakan dan kepimpinan akar umbi seperti rukun tetangga,” katanya. -TVS





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057747 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list