View: 411|Reply: 0
|
[Sarawak]
Mengaku Bersalah Menyalahgunakan Dadah, Ibu Eric Didenda RM3K
[Copy link]
|
|
Berita terdahulu :
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5027593
Ibu kepada Eric Chang Wei Jie yang dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu telah didenda atas kesalahan menyalahgunakan dadah
Mengaku Bersalah Menyalahgunakan Dadah, Ibu Eric Didenda RM3K. Dilaporkan ibu kepada Eric Chang Wei Jie iaitu Dinasti Chang Ka Hui telah didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan mengambil dadah.
Wanita yang berusia 25 tahun itu mengaku bersalah atas kesalahan terbabit dan akan didenda tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.
Perlu menjalani pengawasan selama dua tahun selepas membayar denda atau menjalani hukuman
Menurut laporan, tertuduh dikehendaki menjalani pengawasan selama dua tahun selepas membayar denda atau menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret. Pada masa penulisan, tertuduh belum membayar denda tersebut.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan menyalahgunakan dadah amphetamine dan menthamphetamine pada tahun 2017.
Pertuduhan yang dihukum mengikut seksyen ini boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 serta diletakkan di bawah pengawasan serta-merta untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Tertuduh merupakan ibu kepada kanak-kanak yang dilaporkan hilang iaitu Eric Chang Wei Jie. Eric dilaporkan hilang oleh ibunya pada 7 Mac selepas gagal menemuinya sejak jam 9AM pada hari yang sama.
Operasi mencari Eric di Muara Tebas telah dibatalkan pada 19 Mac setelah berlangsung sejak 13 Mac lalu.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|