CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Sabah] Robert laksana pendekatan pantas, atasi kebimbangan penduduk akibat tanah runtuh

[Copy link]
Post time 25-3-2022 11:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-3-2022 04:00 PM



GIAT MEMBERSIH: Sebuah jentolak disewa bagi membersihkan kawasan runtuhan yang hampir menimbus rumah salah seorang penduduk.

KENINGAU: Kerja-kerja mengalih tanah yang runtuh dari bukit, akibat hujan berterusan baru-baru ini di Kampung Kamansi sedang giat dilaksanakan dengan menggunakan mesin jentolak bagi membersihkan kawasan selain meratakan runtuhan yang hampir menimbus kediaman beberapa penduduk.
Ia merupakan tindakan pantas yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik setelah menerima aduan daripada penduduk kampung yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Pemaju Mukim Bingkor, George Dairie menerima aduan daripada penduduk berhubung kejadian itu kemudian bergegas ke lokasi runtuhan bagi melihat sendiri keadaan tersebut dan mendapati berlaku runtuhan seperti yang dimaklumkan kepadanya.

"Semasa di lokasi, saya mendapati terdapat gelonsongan tanah di bahu jalan konkrit bersebelahan rumah seorang penduduk, Udin Kalabon, " katanya.

Menurut George, antara tindakan awal yang dilakukannya adalah dengan memaklumkan perkara tersebut kepada Robert yang pada ketika itu sedang menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Jelas beliau, Robert telah mengarahkannya untuk menyewa mesin jentolak ‘backhoe’ bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan meratakan kawasan runtuhan.

“Kerja-kerja pembersihan agak tergendala sedikit disebabkan hujan dan keadaan tanah runtuhan yang becak.
  
“Bagaimana pun kerja-kerja sedang giat dijalankan dan penduduk kampung terbabit menzahirkan ucapan penghargaan diatas tindakan proaktif Robert,” katanya.



utusanborneo.com.my/2022/03/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.800598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list