
KUCHING: Sebanyak 61 kompaun bernilai RM61,000 dikeluarkan pada Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang 18 Mac sehingga 24 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, operasi yang dilaksanakan oleh pasukan Op Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM58,000 terhadap 40 lelaki dan 18 perempuan.
Manakala, katanya, sebanyak tiga kompaun dikeluarkan ke atas premis dengan nilai kompaun RM3,000.
“Kesalahan yang kerap dilakukan sepanjanh minggu lepas adalah gagal mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya, kommpaun dikeluarkan di atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPPB) (LLDKTJ) (PPN) 2021. Justeru tegasnya, pihak polis mengingatkan masyarakat terus mematuhi SOP demi kebaikan bersama.
sarawakvoice.com/2022/03/25 |