View: 404|Reply: 0
|
[Sabah]
Covid-19 25/03/2022
[Copy link]
|
|

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 372 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 365,923 kes. Sebanyak dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu (1) kes di Pitas dan Kota Belud. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa
untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan
kepada keluarga yang terlibat.
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Jumlah kes harian jatuh semula dibawah paras angka 400 hari ini dengan 372 kes baharu, penurunan sebanyak 64 kes berbanding jumlah semalam.
b. Kota Kinabalu kembali mencatat jangkitan baharu dua (2) angka dengan 96 kes
berbanding 123 kelmarin. Ini bermakna tidak ada lagi daerah di Sabah yang mencatat kes harian tiga (3) angka. Beberapa daerah yang berhampiran dengan
Kota Kinabalu seperti Papar, Putatan dan Tuaran mencatat angka baharu yang lebih rendah, tetapi Penampang merekodkan pertambahan enam (6) kes berbanding semalam.
c. Peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik turun sedikit
daripada 66.06% semalam kepada 58.33% hari ini tetapi angka ini masih dianggap tinggi. Kadar jangkitan sporadik di Kota Kinabalu ialah 55.2%,
Penampang 64.2%, Putatan 61.9% dan Tuaran 52.2%. Ini bermakna risiko jangkitan secara sporadik masih tinggi. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa
mematuhi SOP semasa berada di khalayak ramai, khususnya di tempat-tempat yang penuh sesak.
d. Walaupun jumlah jangkitan baharu menurun hari ini tetapi daerah yang mencatatkan kes dua (2) angka bertambah daripada 10 daerah kelmarin kepada 11 daerah. Ini tidak termasuk Kota Kinabalu yang mencatat hanya dua (2) angka
kes baharu hari ini berbanding tiga (3) angka sebelumnya. Sebanyak 13 daerah
(15 daerah kelmarin) mencatat kes satu (1) angka sementara Semporna dan Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.
e. Pergerakan turun naik kes harian agak sukar diramal. Ia banyak dipengaruhi oleh
sikap serta kadar pematuhan orang ramai terhadap semua SOP yang berkuatkuasa.
f. Dua (2) kluster ditamatkan oleh JKNS hari ini iaitu Kluster Tembok di Kota Kinabalu dan Kluster Jalan Bandau di Kota Marudu. Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah tujuh (7) kluster.
g. Seramai 364 atau 97.85% daripada 372 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga (3) orang dalam Kategori 3, empat (4) orang dalam
Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|