CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Sarawak] Pemuda tergamak tampar ibu gara-gara tidak beri wang

[Copy link]
Post time 1-4-2022 07:19 PM | Show all posts |Read mode


Suspek (depan tengah) ditahan polis selepas didakwa mencederakan ibunya.

MIRI: Gara-gara tidak diberikan wang yang diminta, seorang pemuda tergamak menampar ibu kandungnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Penan Long Suvak, Jambatan Suai dekat sini, minggu lalu.

Tindakan lelaki berusia 22 tahun itu memakan diri apabila dia ditangkap polis pada petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, suspek ditangkap sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri dibantu Unit Peronda Cegah Jenayah Balai Polis Batu Niah di kediaman ibunya kira-kira jam 2 petang.

Terdahulu, kejadian terbabit berlaku apabila suspek mengamuk dan menampar ibunya apabila permintaannya untuk mendapatkan wang ditolak.

Ibunya, 44, mengalami kecederaan pipi kiri akibat tindakan anaknya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis yang kemudiannya membawa kepada penangkapan suspek.

Hakemal berkata, kes akan disiasat mengikuti Seksyen 323 Kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.


utusanborneo.com.my/2022/03/31

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037358 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list