CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dipenjara akibat ceroboh, lakukan ugutan jenayah

[Copy link]
Post time 2-4-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Padah menceroboh rumah orang dan mengugut hendak mencucuk pemilik rumah menggunakan pemutar skru, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Mohammad Nur Ezat Aizun Ismail, 27, mengaku bersalah sebaik dua pertuduhan di bawah dua seksyen berbeza dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh masuk ke dalam kediaman mangsa lelaki berusia 37 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa sama dengan cara mengugut hendak mencederakan mangsa menggunakan pemutar skru.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa dilakukannya di kediaman mangsa terletak di Taman Dahlia Matang di sini, pada 27 Mac lalu, sekitar 5.30 petang.

Berdasarkan keterangan kes, semasa mangsa sampai di rumahnya pada waktu kejadian, mangsa melihat tertuduh berada di dalam rumahnya.

Mangsa cuba menangkap tertuduh tetapi tertuduh mengacukan pemutar skru ke arah mangsa dan terus melarikan diri.

Mangsa seterusnya membuat pemeriksaan dan mendapati pintu hadapan rumah telah diumpil.

Selain itu, mangsa juga mendapati terdapat barang-barang miliknya telah dikumpul di satu tempat di dalam rumah tersebut namun belum sempat dicuri.

Laporan polis dibuat dan tertuduh seterusnya ditangkap pada 28 Mac lalu, sekitar jam 12 tengah hari.

Untuk kesalahan itu, Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat bulan bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, penjara tiga bulan.

Beliau bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan dikuatkuasakan mulai tarikh tertuduh ditangkap.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.


utusanborneo.com.my/2022/04/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.287506 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list