CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 0

[Sabah] Doktor Klinik Swasta Rugi RM747,000 Diperdaya ‘KKM, Polis’

[Copy link]
Post time 2-4-2022 03:11 PM | Show all posts |Read mode


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Husin

TAWAU : Seorang doktor di sebuah klinik swasta mengalami kerugian sebanyak RM747,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak Januari lalu.

Doktor lelaki berusia 30-an itu dipercayai telah melakukan 16 transaksi pemindahan wang sebelum menyedari dia ditipu dan melaporkan kejadian itu pada 18 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Husin berkata, mangsa dikatakan terpedaya selepas menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sindiket itu melakukan penipuan menggunakan teknik ‘spoofing’ iaitu penyamaran nombor talian apabila pemanggil menggunakan perkakasan internet ketika membuat panggilan melalui internet (VOIP).

“Kejadian pertama berlaku pada 27 Januari lalu apabila mangsa yang juga seorang doktor di sebuah klinik swasta menerima panggilan daripada KKM mengatakan namanya digunakan untuk mengambil ubat di hospital lain.

“Pada mulanya mangsa sangsi dengan panggilan telefon itu namun sindiket terbabit menggunakan taktik penyamaran sebagai polis,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, individu yang mendakwa sebagai polis itu bertindak meyakinkan mangsa kononnya dia terbabit dengan kes pengubahan wang haram serta penyeludupan dadah.

“Selepas itu, mangsa dikehendaki memberi maklumat kad bank dan perbankan dalam talian kononnya bertujuan mengenal pasti sama ada mangsa terbabit dengan masalah pengubahan wang haram. – SINAR


sabahpost.net/2022/04/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.234317 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list