CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 1

[Sarawak] Penduduk bergadai nyawa redah arus deras sungai

[Copy link]
Post time 3-4-2022 08:05 AM | Show all posts |Read mode


Kenderaan kenderaan pacuan empat roda Joanna menyeberangi Sungai Tutoh dengan bantuan jengkaut ketika meredai air Sungai Tutoh deras. Joanna (gambar sisipan)

LAWAS: Penduduk di bahagian ini terpaksa bergadai nyawa meredah arus deras Sungai Tutoh Baram demi meneruskan perjalanan balak ke Miri ekoran ketiadaan jalan raya menghubungkan daerah ini ke Miri.

Kepayahan rakyat di sini seperti tiada kesudahan selepas Kerajaan Brunei mengumumkan kekal menutup pintu sempadan sehingga 15 April ini walaupun Malaysia mula membuka pintu sempadan mulai 1 April (semalam).

Sehubungan itu, rakyat di bahagian ini menggesa kerajaan negeri mempercepat pembinaan Rangkaian Jalan Sarawak (SLR) dari sini ke Miri berikutan terkurung hampir dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Kepayahan penduduk di sini turut dikongsi seorang penduduk, Joanna Fiona Joseph, 25, dan keluarganya terpaksa mempertaruh nyawa dalam perjalanan dari Limbang ke Kuching pada Selasa lalu untuk menghantar anaknya ke sekolah asrama penuh di Kuching.

Menurutnya, mereka tidak mempunyai pilihan selain menggunakan jalan balak dari Limbang memandangkan rombongan ke Kuching dalam kumpulan besar.

“Kami menaiki dua kereta mengambil masa lebih 24 jam perjalanan (dari Limbang ke Kuching) termasuk terpaksa tidur di tepi sungai di Tutoh, Baram.

“Saya dan suami dalam perjalanan menghantar anak kami bersekolah di tingkatan satu di Kuching manakala kakak ipar saya dan keluarganya turut ikut serta kerana juga mempunyai seorang anak lelaki bersekolah di sekolah sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Joanna, mereka bertolak dari Limbang jam 4 pagi Selasa lalu dan tiba di Sungai Tutoh, Baram enam jam kemudian.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menyeberangi sungai kerana arus deras dan paras air sangat tinggi.

“Kami terpaksa bermalam di tepi sungai kerana diberitahu tidak selamat menyeberangi Sungai Tutoh kerana paras air masih tinggi.

"Kami menunggu sehingga keesokan pagi dan menggunakan perkhidmatan jengkaut mengiringi kenderaan kami menyeberangi sungai," jelasnya.

Bagi tujuan itu, mereka sekeluarga terpaksa membayar RM400 (RM200 setiap kereta bagi setiap lintasan) kepada operator jengkaut yang membantu mereka menyeberang sungai.

Sebelum ini, terdapat jambatan besi melintasi Sungai Tutoh.

Bagaimanapun, ia dihanyutkan dalam banjir besar pada Mei tahun lalu sekali gus menyukarkan laluan penduduk di Tutoh sehingga Long Seridan, Magoh, Limbang dan Lawas.

Sehingga kini tidak ada berita sama ada kerajaan negeri akan membina jambatan baharu yang sebelum ini dibina syarikat perkayuan yang pernah beroperasi di kawasan itu.

Menjawab soalan, dia berkata keluarganya mengambil keputusan mengambil risiko melakukan perjalanan di luar jalan kerana tiket penerbangan mahal.

"Tiket penerbangan untuk seorang adalah antara RM200 hingga RM300 (sehala) dan kerana kami melakukan perjalanan dalam kumpulan besar, kami menganggap penerbangan itu tidak menjimatkan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Sylvester Malan, 31, berkata dia mahu kerajaan negeri membina atau menyelenggara jalan balak dari Lawas/Limbang ke Miri sementara menunggu pembinaan SLR.

Beliau berpendapat selagi jalan yang ada sekarang diselenggara dan dibaiki ramai  lebih suka memandu kenderaan sendiri ke Lawas dari sini atau sebaliknya.

"Satu-satunya alternatif bagi mereka keluar dari Limbang dan Lawas pada masa ini ialah menggunakan penerbangan yang sangat terhad.

"Kita harus belajar daripada Kerajaan Brunei menyiapkan jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien menghubungkan daerah Temburong ke Bandar Seri Begawan bagi memudahkan rakyat mereka melakukan perjalanan dari satu hujung ke satu hujung tanpa perlu melalui Limbang," katanya.

Beliau mengimbau pernah menghabiskan empat hari tiga malam di jalan raya tahun lalu akibat tanah runtuh berhampiran Pa' Adang di Limbang.

"Ada beberapa kali kereta saya rosak, tetapi ada satu masa saya terpaksa menghabiskan empat hari tiga malam di jalan raya kerana berlaku tanah runtuh berhampiran Pa' Adang.

"Saya mengambil masa kira-kira 13 jam jika saya hendak membelok pulang ke Miri, jadi saya memutuskan menunggu di sana sehingga bantuan tiba,” katanya.



utusanborneo.com.my/2022/04/02
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2022 08:08 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.182488 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list