CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 0

[Sarawak] Balai bomba ke-37 Sarawak mula beroperasi hari ini

[Copy link]
Post time 3-4-2022 08:16 AM | Show all posts |Read mode


SEDIA BERKHIDMAT… Pegawai dan anggota BBP Kidurong dalam siapsiaga untuk berkhidmat kepasa masyarakat setempat di Kidurong.

BINTULU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong sekali gus yang ke-37 di Sarawak mula beroperasi hari ini.

Pengarah Bomba Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata, ia merupakan balai bomba Kategori D kesembilan di negeir yang beroperasi selepas BBP Asajaya, Tanjung Manis, Daro, Selangau, Sibu Jaya, Belaga, Tatau dan Batu Niah.

Katanya, seramai 28 anggota terdiri daripada pelbagai pangkat dan dipimpin ketua balai Gred KB26 ditempatkan di balai bomba berkenaan.

“BBP ini dilengkapi dengan kekuatan aset iaitu masing-masing sebuah jentera pemadaman FRT (Fire Rescue Tender), jentera utiliti dan bot menyelamat,” ujarnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata perolehan BBP Kidurong agak unik berikutan ini merupakan julung kalinya jabatan keluar daripada lingkungan kebiasaan skop perolehan bangunan balai bomba.

Perolehan BBP Kidurong ini dibuat melalui perolehan bangunan komersial hanya dengan kos tanah dan bangunan berjumlah RM1. 27 juta berbanding pembinaan balai seumpamanya yang kebiasaan menelan kos perolehan sebanyak RM7 juta secara purata.


MULA BEROPERASI…BBP Kidurong mula beroperasi pada 1 April.


by Suara Sarawak
April 1, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.082017 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list