CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 782|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 04/04/2022

[Copy link]
Post time 6-4-2022 05:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-4-2022 09:21 PM





COVID-19 : 328 kes baharu, satu kematian
KUCHING: Sejumlah 328 kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 300,264.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada jumlah itu, 163 adalah dari kategori satu (tiada gejala), sementara 162 kes dilaporkan dari kategori dua (gejala ringan).

Tambahnya, dua kes terdiri daripada kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan satu kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).

JPBNS juga memaklumkan Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 95 kes. Ini diikuti Miri dengan 63 kes, Sibu (38), Bintulu (32), Samarahan (14), Asajaya (13), Bau (11), Sarikei (9), Sri Aman (6), Betong (6), Subis (6), Meradong (6), Saratok (5), Serian (4) dan Dalat (4).

Daerah Mukah, Kapit dan Simunjan masing-masing merekodkan tiga (3) kes, Pakan dan Kanowit dua (2) kes sementara masing-masing satu kes (1) dilaporkan di Kabong, Belaga dan Lubok Antu.

Berhubung kes kematian, JPBNS memaklumkan terdapat satu kes kematian direkodkan di Kuching pada 2 April 2022.

Katanya, kes kematian melibatkan lelaki berumur 79 tahun dan kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Selain itu, JPBNS memaklumkan tiada kluster baharu diisytiharkan dan satu kluster ditamatkan iaitu Kluster DTI Bekenu 2, Subis.

Dengan itu menurutnya, Sarawak merekodkan enam kluster aktif setakat ini.

Mengenai notis kompaun, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengeluarkan 10 kompaun kesemuanya di daerah Serian atas pelbagai kesalahan.

Lapan individu dilaporkan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera, seorang pemilik premis (perbadanan) didapati gagal menyediakan pensanitasi tangan manakala seorang individu dikompaun atas lain-lain kesalahan.

Sementara itu, polis Sarawak mengeluarkan empat kompaun di daerah Kuching, kesemuanya atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.


utusanborneo.com.my/2022/04/04

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2022 05:12 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.822793 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list