CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 0

[Sarawak] Jalan penghujung Lorong Astana 11 ke Jalan Merdeka kini dibuka

[Copy link]
Post time 6-4-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-4-2022 02:20 AM



Fazzrudin (kanan) mendengar taklimat mengenai projek daripada wakil kontraktor.

KUCHING: Projek bina baharu jalan penghujung Lorong Astana 11 ke Jalan Merdeka kini dibuka kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Pembukaan secara rasmi jalan yang mula dibina pada 1 Januari 2021 itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman di sini, hari ini.

Beliau ketika ditemui berkata, jalan berkenaan memberi laluan pintas dan singkat kepada penduduk atau pengguna jalan raya dari Jalan Merdeka ke Jalan Astana.

"Jalan ini telah lama dipohon oleh penduduk kampung dan akhirnya ia dibuka pada hari ini kepada pengguna jalan raya.

"Projek ini telah bermula lama namun ia memerlukan beberapa proses termasuk pengambilan tanah, pembayaran pampasan kepada pemilik tanah dan seterusnya peruntukan untuk membina jalan ini," katanya.

Menurut beliau, projek yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagai agensi pelaksana itu menelan kos lebih RM2 juta bagi jalan sepanjang satu kilometer.

Katanya, ia terdiri daripada kos membina RM1.2 juta, manakala lebih RM500,000 untuk pembayaran tanah.

Fazzrudin berkata, sebelum ada jalan pintas baharu itu, penduduk atau pengguna jalan raya sekurang-kurangnya memerlukan masa 10 minit untuk ke stesen minyak di Jalan Astana.

"Namun, kini mereka mengambil masa sekurangnya satu minit untuk ke stesen berkenaan.

"Apapun yang paling penting adalah pengalihan aliran trafik yang lancar memberi manfaat kepada penduduk sekitar," katanya.

Sementara itu mengenai perkara lain, beliau amat mengalu-alukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di DUN Tupong untuk menganjurkan Pertandingan Bertuntong.

Katanya, sebelum pandemik COVID-19 melanda, aktiviti berkenaan diadakan setiap tahun iaitu pertandingan di peringkat kampung DUN Tupong.

"Tahun ini kita belum pasti namun saya mengalu-alukan JKKK untuk mengadakan pertandingan sedemikian.

"Ini kerana sudah dua tahun kita 'sunyi' menjelang Hari Raya dan kita cuba meriahkan lagi suasana dengan memastikan keadaan keselamatan penduduk pada masa yang sama," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.204259 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list