RIYADH: Tahun ini Arab Saudi membenarkan kuota sejuta jemaah mengerjakan ibadah tersebut dari seluruh dunia.
Semenjak pandemik Covid-19, tahun lepas Arab Saudi hanya membenarkan 60,000 jemaah mengerjakan salah satu Rukun Islam itu.
Bagaimanapun, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi hanya membenarkan jemaah berusia bawah 65 tahun melakukan ibadah haji.
Jemaah juga disyaratkan sudah mendapatkan vaksin lengkap dan membawa kad vaksin.
Untuk jemaah dari luar Arab Saudi, syarat lain dikenakan ialah hasil ujian PCR mestilah negatif.
sarawakvoice.com/2022/04/09 |