Kuala Terengganu: Dua beradik mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan berhampiran Padang Bola Kampung Bukit Tumbuh, di sini, Rabu lalu.
Mangsa Muhammad Aqil Rifqi Mohd Rusnizam, 9, dan adiknya, Nur Azzahra Raisha, 7, dari Kampung Bukit Tok Beng, di sini, dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kira-kira sembilan jam selepas memakan puding buih itu.
Bapa mangsa, Mohd Rusnizan Johari, 39, berkata Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra memakan puding buih dibeli ibunya, Tuan Naemah Tuan Husain, 37, di sebuah gerai di bazar Ramadan di kampung itu, kira-kira 6 petang, Rabu lalu.
Katanya, dua beradik yang masing-masing belajar di Tahun Tiga dan Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tumbuh, di sini, mula mengalami cirit-birit dan muntah, kira-kira 4 pagi Khamis lalu.
"Melihat kepada keadaan dua beradik yang semakin lemah, longlai dan pucat, saya terus membawa ke sebuah klinik swasta sebelum diarahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra terus dimasukkan ke zon merah Jabatan Kecemasan @ Trauma HSNZ," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Rusnizan berkata, peniaga di gerai berkenaan mendakwa hanya membantu menjual puding buih yang dihantar seorang individu.
"Saya sendiri berjumpa dengan peniaga dan memaklumkan puding buih yang dibeli isterinya punca dua anak terpaksa dimasuk serta dirawat di wad kecemasan HSNZ.
"Peniaga berkenaan mendakwa dia hanya mengambil upah menjual pelbagai juadah berbuka puasa termasuk puding buih," katanya.
Sementara itu, Tuan Naemah ketika dihubungi berkata, dua beradik itu makan nasi goreng bersama seorang lagi saudara sepupunya ketika berbuka puasa.
Bagaimanapun, katanya, saudara sepupunya tidak makan puding buih yang dibeli di sebuah gerai menjual di bazar Ramadan.
"Kita mengesyaki Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra keracunan puding buih kerana saudara sepupunya dan saya sendiri yang tidak makan makanan itu tidak mengalami sebarang cirit-birit dan muntah," katanya.
Mengulas lanjut, Tuan Naemah mengesahkan keadaan dua beradik itu semakin pulih tetapi masih memerlukan penjagaan rapi selepas tiga hari dirawat di wad kanak-kanak di HSNZ.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima maklumat itu dan dua beradik berkenaan kini sedang dirawat di HSNZ.
Katanya, siasatan untuk menentukan punca dua beradik itu keracunan masih dijalankan.
"Kami juga sudah mengambil sampel untuk dianalisis bagi menentukan punca sebenar sehingga menyebabkan dua beradik itu mengalami keracunan makanan," katanya.
Post time 9-4-2022 11:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Belibis replied at 9-4-2022 11:48 PM
Ni dejavu atau apa apaan sehhh??
Kan omg dejavu gilaaaaaa. Ya Allah nasib budj2 tu semakin pulih. Arghhh boleh tak haramkan saja puding buih ni?! Puding ni telur tak masakk. Please lah kenapa x sayang nyawa
Post time 10-4-2022 05:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa2 yg guna telur tak masak ni sepatutnya kena sentiasa duk dlm chiller.
Cth chocolate mousse, iols selalu beli kat family mart sbb kena betul ngn selera kurang manis dan rasa bitter sweet.
Cara pembuatan pun lebih kurang ngn puding buih sbb ada guna telur putih yg dipukul gebu sampai jd meringue.
Tak di masak juga gaul rata je ngn bahan2 lain tu dan simpan dalam chiller.
Org berniaga kat bazar ni kuih muih semua terdedah lama kat luar lebih drpd 4 jam.
Kuih muih yg perlu duk dlm suhu sejuk mana boleh terdedah lama2.
Post time 10-4-2022 05:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Satu lagi nak tegur ya kemain bangga lagi orang yg rebus telur sekali ngn laksa dan yg rebus telur dlm periuk nasi sekali ngn nasi lemak.
Tahap nk jimat gas sampai camtu sekali, padahal bukan lama pun rebus telur tu. iols biasa rebus 6 minit je kendian tutup api biar dlm 4 minit pastu nnt terus buh dlm air sejuk berais utk matikan proses masak. Nnt bila potong elok je telur kuning lawa kaler dia.
Harap yg meniaga laksa n sik lemak tak buat gitu, rebus la asing.
Iols dah penah keracunan makanan sampai masuk sepital gara2 makan sik lemak yg dibeli.