CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 1

[Terengganu] Berbaloi bela angsa Australia

[Copy link]
Post time 16-4-2022 09:15 AM | Show all posts |Read mode

MEK Nor memegang angsa baka White Africa Lionhead yang berharga RM3,000 sepasang. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Besut: Seorang warga emas mencipta kelainan tersendiri apabila menternak pelbagai jenis angsa dan itik baka di rumahnya sekali gus berbeza daripada kebiasaan warga emas lain yang menternak ayam atau itik kampung.

Mek Nor Ibrahim, 66, dari Felda Selasih, Jertih menternak angsa baka daripada Australia seperti White Africa Lionhead, Silver Africa Lionhead, Giant Dewlapp Buff dan Emden selain itik Roune atau lebih dikenali sebagai itik kepala hijau.

Katanya, dia memilih untuk menternak angsa baka itu berbanding ayam dan itik biasa kerana pulangan daripada menjual ternakan itu lebih berbaloi.

"Memang saya terpaksa mengeluarkan modal yang besar bagi mengimport angsa dan itik baka dari Australia itu.

"Bagaimanapun, keuntungan dan hasil yang diperolehi hasil menjual anak angsa baka dan itik dari luar negara itu jauh lebih lumayan.

"Modal besar dikeluarkan hanya sekali untuk membeli induk-induk angsa dan itik baka itu, selepas itu saya memperoleh keuntungan apabila menjual anak-anak angsa dan itik baka yang cepat membiak itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mek Nor berkata, dia pernah menjual angsa jenis Giant Dewlapp Buff dengan harga RM12,000 sepasang.

"Angsa jenis White Africa Lionhead pula saya pernah jual RM3,000 sepasang.



ANGSA baka Giant Dewlap Buff. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

"Paling banyak jualan anak itik Roune dengan harga RM2,000 sepasang, manakala anak berusia satu minggu berharga RM150 seekor," katanya.

Tambahnya, selain lebih 30 ekor angsa dan itik baka, dia juga menternak ayam ratu.

"Paling kurang saya perlu memperuntukkan RM500 sebulan untuk membeli makanan ternakan itu.

"Seronok menternak angsa baka kerana ia tidak garang seperti angsa kampung biasa seterusnya boleh dipeluk dan dibelai seperti haiwan kesayangan.

"Walaupun angsa baka itu tidak garang, namun ia tetap berfungsi sebagai haiwan menjaga rumah kerana akan membuat bising setiap kali melihat kelibat orang yang tidak dikenali," katanya.

Menurutnya, dia merancang untuk membesarkan lagi saiz kandang angsa dan itik bakanya dalam tempoh terdekat seterusnya mengeluarkan lebih banyak anak-anak angsa dan itik baka yang boleh dijual.

"Sekarang stok angsa dan itik yang sedia dijual tidak mencukupi sehingga ramai pelanggan yang terpaksa membuat tempahan awal untuk mendapatkan angsa dan itik baka itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ela-angsa-australia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2022 04:31 AM | Show all posts
errr koala x minat ke.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038256 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list