CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Kelantan] SinarHarian SinarOnline SinarHarian sinarharian Sinar Harian Official sinarharianonline Sinar Kerajaan peruntuk RM200 juta bantu usahawan informal: Noh

[Copy link]
Post time 18-4-2022 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Noh (dua, kiri) bersama sebahagian daripada penerima semasa menyampaikan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) di Kota Bharu, pada Isnin.

KOTA BHARU - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk usahawan informal di seluruh negara meliputi individu berniaga dari rumah dan tanpa lesen perniagaan bagi membantu mereka memajukan perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, golongan tersebut diberikan pinjaman antara RM3,000 hingga RM10,000 tanpa dikenakan sebarang caj atau bunga (faedah).

"Jumlah pinjaman bergantung kepada jenis perniagaan dijalankan oleh individu tersebut.

"Mereka turut diberikan moratorium dengan membayar balik pinjaman selama setahun bermula tahun hadapan," katanya selepas menyampaikan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) di sini, pada Isnin.

Seramai 1,677 mangsa banjir di Kelantan yang juga usahawan Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima sumbangan berjumlah RM3,000 setiap seorang.

Menurut Noh, peruntukan berjumlah RM200 juta secara keseluruhan yang diuruskan sepenuhnya oleh Tekun Nasional telah habis dipinjam sepenuhya.

Beliau berkata, seramai 31,000 usahawan informal telah mendapat manfaat daripada pinjaman tersebut.

Ahli Parlimen Tanjong Karang Selangor itu berkata, KUSKOP sudah mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan untuk menambah jumlah pinjaman ini bagi membantu lebih ramai golongan usahawan informal.



"Saya harap semua penerima pinjaman termasuk AIM dapat membayar balik pinjaman ini mengikut masa ditetapkan bagi membolehkan individu lain merasai kemudahan pinjaman disediakan oleh kerajaan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ahawan-informal-Noh
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.189569 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list