CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 0

[Sarawak] Dos penggalak kedua kepada warga emas mempunyai komorbiditi

[Copy link]
Post time 19-4-2022 08:09 AM | Show all posts |Read mode


Dr Sim menggaul bubur lambuk untuk diagihkan kepada penerima semasa Program Semarak Ramadan semalam.

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia untuk memberi suntikan vaksin dos penggalak kedua kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai komorbiditi.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, terdapat kira-kira 306,000 warga emas Sarawak daripada lingkungan umur ini yang layak menerima suntikan itu.

“Pada masa ini kita momfokuskan untuk warga emas. Bagaimanapun, saya akan minta pakar perubatan tempatan untuk turut fokus kepada doktor dan jururawat di hospital yang mungkin juga berisiko tinggi walaupun mereka belum mencapai usia 60 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Semarak Ramadan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Kampung Sinar Budi Baru di sini, semalam.

Menurut Dr Sim, dos penggalak kedua akan diberikan selepas empat hingga enam bulan menerima dos penggalak pertama.

“Dengan adanya kerjasama daripada hospital swasta dan klinik perubatan, kita boleh menyelesaikan pemberikan vaksin ini dengan cepat.

“Kerana kadar vaksinasi kita mempunyai kapasiti 30,000 dos sehari dan dalam 10 hari ia boleh selesai,” katanya.

Beliau berkata untuk mendapatkan suntikan penggalak kedua, mesti ada kriteria tertentu untuk dipatuhi.

"Anda tidak boleh masuk dan berkata saya fikir saya berisiko tinggi," katanya.

Sementara itu, Dr Sim menasihati ibu bapa agar menghantar anak masing-masing untuk vaksinasi sebelum Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak Kebangsaan (PICKids) berakhir pada 15 Mei depan.

“Tiada sebab anda tidak boleh menghantarnya dalam masa satu bulan ini dan tiada sebab sepanjang bulan anda sibuk.

“Kalau anda sayang anak, anda harus memberi mereka perlindungan dan kita tidak boleh terus menganjurkan vaksinasi di sekolah, kemudian hanya dua orang yang hadir.
“Cara ini tidak begitu bijak malah membazirkan sumber yang ada,” ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/04/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037633 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list