|

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 83 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 370,132 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Kota Belud. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 502 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 359,066 orang. Manakala 220 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 218 orang di hospital, dua (2) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 14 orang merangkumi 11 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan lapan (orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Jumlah jangkitan baharu tidak banyak berubah daripada jumlah kelmarin dan masih di bawah paras angka 100. Jumlah kes baharu ialah 83 kes, pertambahan empat (4) kes berbanding sebelumnya.
b. Keadaan di semua daerah kekal stabil. Sebanyak 13 daerah merekodkan pertambahan jumlah jangkitan baharu berbanding sembilan (9) daerah yang mencatatkan penurunan kes. Kecuali Kota Kinabalu yang mencatat penurunan 13 kes tidak ada perubahan angka yang signifikan di daerah-daerah lain, samada bertambah atau berkurangan. Lima (5) daerah mencatatkan jumlah yang sama seperti jumlah kelmarin.
c. Sekali lagi adalah di peringatkan bahawa kadar jangkitan sporadik masih tinggi dan hari ini, 54.2% daripada semua kes baharu. Elak daripada lalai mematuhi semua SOP. Kejayaan kita melawan pandemik banyak bergantung kepada sikap masyarakat sendiri.
d. Dua (2) daerah mencatatkan kes baharu dua (2) angka hari ini, iaitu Kota Kinabalu 13 kes (-13) dan Sandakan 10 kes (+4). Sebanyak 16 daerah lagi mencatatkan kes satu angka dengan 13 daripada daerah-daerah tersebut mencatat antara satu (1) hingga lima (5) kes baharu. Tidak ada kes baharu di sembilan (9) daerah iaitu Tambunan, Kuala Penyu, Telupid, Sipitang, Pitas, Beaufort, Tongod, Kalabakan dan Putatan.
e. Seramai 80 orang daripada 83 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua (2) pesakit dalam Kategori 4 dan seorang (1) pesakit dalam Kategori 5. Tidak ada pesakit dilaporkan dalam Kategori 3
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
|
|