CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

[Sarawak] Program 'Lan Berambeh Sungkei' kukuh perpaduan

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-4-2022 04:35 PM



Orang ramai membanjiri Dataran Tun Datuk Patinggi Tuanku Bujang, Sibu petang semalam.

SIBU: Penduduk Sibu berharap dapat melihat program ‘Lan Berambeh Sungkei’ iaitu trend berbuka puasa beramai-ramai diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Mereka berkata, ini kerana acara sebegini dapat mengukuhkan perpaduan kaum dan agama sedia ada di sini.

Tamizi Tamby merupakan antara penduduk Sibu yang menyertai majlis berbuka puasa ala piknik beramai-ramai, melahirkan rasa lega kerana program itu kembali dianjurkan selepas dua tahun dihentikan akibat pandemik COVID-19.

"Saya sebagai salah seorang penduduk Sibu sangat gembira melihat ramai orang tanpa mengira latar belakang berkumpul bersama berbuka puasa di Dataran Tun Datuk Patinggi Tuanku Bujang.

"Ia menunjukkan toleransi dan perpaduan kaum yang teguh dalam kalangan semua lapisan masyarakat di sini.

"Harapan saya agar program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang," jelasnya.

Senada dengan Tamizi, adalah ahli EXCO PPB Negeri Abdul Ghani Sulhi.

Abdul Ghani juga gembira mengetahui kehadiran begitu ramai orang untuk program berkenaan.

"Saya berharap program ini dapat diteruskan bagi mengeratkan keharmonian kaum dan agama dalam kalangan penduduk di sini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata sudah dua tahun sejak acara bermakna itu diadakan.

"Adalah bagus orang ramai tanpa mengira latar belakang dapat berkumpul untuk berbuka puasa.

“Ia benar-benar mencerminkan budaya Sarawak di mana perpaduan kukuh antara semua kaum.

"Selain itu, adalah baik orang ramai boleh kembali normal tetapi masih perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP)dengan ketat," kata Chieng.

Lebih 10,000 orang daripada semua lapisan masyarakat menyertai 'Lan Berambeh Sungkei' di sini petang semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Dr Annuar Rapaee berkata ini menunjukkan perpaduan kaum dan agama kukuh dalam kalangan penduduk Sibu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Sibu tanpa mengira latar belakang kerana berkumpul di sini berbuka puasa bersama dengan pelbagai masyarakat.

"Dengan kehadiran lebih 10,000 rakyat menunjukkan perpaduan dalam kalangan penduduk Sibu sangat kukuh dan ini perlu dikekalkan.

"Paling penting ini adalah selepas pandemik COVID-19 untuk berkumpul seperti ini tidak seperti dua tahun lalu. Ia juga menunjukkan kita mampu bekerjasama untuk manfaat semua kaum di Sibu," kata Dr Annuar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, acara berbuka puasa 'ala piknik' beramai-ramai yang bermula pada 2017 semakin mendapat sambutan setiap tahun.
"Ia membuat kemunculan semula tahun ini selepas dua tahun berlalu akibat pandemik COVID-19," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.397162 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list