CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan Mulu Marriott runtuh, empat cedera

[Copy link]
Post time 26-4-2022 11:10 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Empat termasuk seorang pengurus besar cedera selepas jambatan di Mulu Marriott Resort & Spa runtuh pada Selasa.

Pengurus Mulu Marriott Resort and Spa (Mulu Marriott) Marc Cosyns yang merupakan warganegara Belgium, patah tangan kanan dan luka sebelah matanya dipercayai tercucuk benda tajam.

Manakala rakan setugasnya Benjamin Wolff, warganegara Jerman yang juga pengurus resort berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kanannya tidak dapat digerakkan.


Anggota bomba meninjau lokasi jambatan runtuh di kawasan Mulu Marriott.

Dua lagi mangsa lelaki merupakan wakil syarikat Kumpulan Samling, masing-masing hanya cedera ringan pada tangan dan terseliuh kaki kanan.

Keempat-empat mangsa dikatakan sedang membuat pemeriksaan tapak ketika kejadian.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Mulu Marriott dan memulakan operasi menyelamat mangsa pada jam 3 petang.

Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi yang dikerah ke  tempat kejadian mengharungi perjalanan sejauh 10 kilometer.

Tiga mangsa dibawa naik dan dihantar ke Lapangan Terbang Mulu untuk diterbangkan ke Miri menggunakan helikopter milik Kumpulan Samling oleh kakitangan Mulu Marriott.


Mangsa diterbangkan ke Miri menggunakan helikopter.

Manakala Wolff terpaksa dipindahkan menggunakan pengusung oleh anggota bomba.

Pihak bomba kemudian memindahkan mangsa menggunakan perahu, seterusnya dengan kenderaan pacuan empat roda untuk dihantar ke Lapangan Terbang Mulu dan diterbangkan bersama tiga lagi mangsa ke Miri bagi menerima rawatan lanjut.

Klinik Kesihatan Mulu juga telah membuat pemeriksaan dan memberikan rawatan awal untuk kesemua mangsa.


utusanborneo.com.my/2022/04/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.042885 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list