CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 552|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak masih ada pilihan kedua untuk teruskan agenda ekonomi digital

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (duduk kanan) merakamkan gambar bersama Tun Taib dan Toh Puan Raghad. Turut kelihatan Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (duduk kiri), isteri Abang Johari.

KUCHING: Sarawak masih mempunyai pilihan kedua untuk meneruskan agenda ekonomi digitalnya meskipun gagal mendapatkan lesen perbankan digital baru-baru ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kegagalan mendapatkan lesen perbankan digital itu tidak menjadi satu masalah kepada Sarawak.
“Tidak mengapa, kita ada pilihan kedua dan pilihan kedua kita mempunyai sesuatu berkaitan mereka.

“Lagipun kita sudah ada Sarawak Pay (e-dompet),” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Pertama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengumumkan lima permohonan bagi lesen perbankan digital berjaya diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Kesemuanya 29 permohonan diterima dan dinilai secara menyeluruh mengikut Seksyen 10 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (AKPI) yang mengkehendaki BNM mengambil kira semua faktor dalam Jadual 5 Akta-akta tersebut dan keperluan dasar lain yang berkaitan.

BNM turut memaklumkan prosedur tadbir urus dan pertimbangan yang rapi dilaksanakan sepanjang proses penilaian bagi memastikan penilaian yang mantap, objektif dan konsisten bagi semua 29 permohonan yang diterima.

Lima pemohon berjaya ialah Konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Berhad, Konsortium diterajui GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd, Konsortium diterajui Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd, Konsortium AEON Financial Service Co.Ltd.,AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc serta Konsortium diterajui KAF Investmen Bank Sdn Bhd.


utusanborneo.com.my/2022/05/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.282898 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list