Edited by Vellfire at 5-5-2022 12:40 PM

Sabah rekod 26 kes baharu COVID-19
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 26 kes baharu dengan pertambahan tiga kes berbanding hari sebelumnya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jumlah jangkitan baharu yang berpunca daripada acara sambutan Aidilfitri dan Kaamatan diseluruh negeri Sabah sepanjang bulan ini diramal meningkat.
Katanya walaupun masih terlalu awal membuat penilaian, setakat ini jumlah pertambahan yang direkodkan adalah pada tahap yang kecil dan terkawal.
“Ini adalah bukti kukuh bahawa pengambilan vaksin oleh sebahagian besar rakyat sudah meningkatkan imuniti tubuh badan mereka daripada risiko jangkitan virus,” katanya.
Beliau berkata Kota Kinabalu kembali mencatat kes harian dua angka dengan 11 kes baharu setelah merekodkan hanya empat kes.
“Tambunan yang tidak mencatat sebarang kes baharu pada hari sebelumnya juga merekodkan enam jangkitan baharu.
“Pergerakan turun naik kes harian di daerah lain adalah pada skala yang kecil dan tiada jangkitan baharu dilaporkan di 19 daerah.
“Kedudukan ini sejajar dengan fasa penstabilan yang sedang dilalui oleh negeri ini,” katanya.
Tambahnya 23 orang daripada 26 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua pesakit dalam Kategori 3 dan seorang pesakit dalam Kategori 4 manakala tidak ada pesakit dalam Kategori 5.
utusanborneo.com.my/2022/05/05 |