CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Kelantan] Harga barang di Kelantan turun

[Copy link]
Post time 14-5-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode

Che Jah (dua dari kanan) melayan pelanggan yang ingin mendapatkan daun palas di gerainya.

BACHOK - Walaupun rata-rata pembeli di kebanyakan tempat merungut berikutan kenaikan harga barangan namun berbeza di Kelantan apabila terdapat penurunan harga berbanding seminggu pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Jelawat di sini pada Jumaat mendapati kebanyakan harga barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam mengalami penurunan harga sehingga RM2 ke RM7.

Seorang peniaga, Hasmah Hashim, 47, berkata, penurunan harga sayur yang paling ketara ialah bendi iaitu sebanyak RM6.50.

“Semasa awal Syawal harganya sekitar RM9 sekilogram, namun sekarang hanya RM2.50 sahaja manakala timun sebelum ini dijual pada harga RM7 sekilogram sekarang turun kepada RM3.

“Begitu juga dengan sayuran lain, semuanya mengalami penurunan harga sekitar RM2 hingga RM5. Kami hendak berniaga pun seronok bila pelanggan tidak banyak merungut sejurus mendengar harga ditawarkan,” katanya.

Sementara itu, Siti Nurul Aida Yusoff, 24, berkata, kebanyakan pengunjung yang datang ke pasar adalah untuk membeli barangan basah bagi membuat persiapan rumah terbuka.

Katanya, sejak hujung Ramadan hingga kini, dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang mahu mendapatkan barangan basah di gerainya.

“Bagi saya, harga sekarang boleh meringankan beban orang ramai yang berhajat untuk buat rumah terbuka,” katanya.


Siti Nurul Aida (kiri) tidak menang tangan melayan pelanggan di gerainya di Pasar Jelawat, Bachok.

Peniaga, Che Jah Hasaan, 60, pula berkata, walaupun sekarang sudah memasuki 12 Syawal tetapi permintaan terhadap daun palas masih tinggi.

Menurutnya, harga daun palas masih kekal RM5 seikat dan tiada kenaikan mahupun penurunan.

Pembeli, Samsiah Mat Amin, 52, berkata, musim raya digunakan sebaik mungkin untuk mengadakan jamuan meraikan sanak-saudara dan rakan-rakan.

“Sudah dua tahun kita tidak dapat mengadakan aktiviti berkumpul beramai-ramai, jadi peluang kali ini digunakan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah, harga barangan sudah kembali kepada asal, malah ada lebih murah.

“Harga ayam sekitar RM8.90 sekilogram dan ini sudah cukup melegakan kami,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... g-di-Kelantan-turun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036755 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list