CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Pahang] Balu mangsa kebakaran, letupan syukur terima pencen bulanan

[Copy link]
Post time 18-5-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Tarmizi Mokhtar (kanan) menyerahkan replika cek faedah Pengurusan Jenazah PERKESO, kepada balu, Normayana Hamid yang merupakan balu kepada mangsa kebakaran mercun pada bulan lalu. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Balu Mohd Azwan Kapli, 35 yang meninggal dunia dalam kes kebakaran dan letupan pada 28 April lalu, tidak menyangka menerima pencen bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Suri rumah, Nomaryana Hamid, 29 berkata ini kerana Allahyarham suaminya hanya bekerja sebagai tukang gunting.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana pencen bulanan diterima itu membantu untuk meneruskan kehidupan seharian terutama membesarkan empat anak berumur antara lapan bulan dan lapan tahun.

"Sebenarnya saya terkejut apabila dimaklumkan suami cedera parah dalam kejadian kebakaran dan letupan pada 28 April lalu.

"Ketika itu saya mendoakan semoga Allahyarham cepat sembuh tetapi Allah SWT lebih menyayanginya apabila meninggal dunia pada 3 Mei lalu.

"Selepas ketiadaannya, saya membuat keputusan untuk berpindah ke rumah ibu bapa Felda Jengka, 14, Maran dan ketika ini masih menyewa di Taman Tas, di sini," katanya.

Nomaryana ditemui pada Majlis Aidilfitri dan Penyampaian Cek Faedah Perkeso di Wisma Perkeso Kuantan, di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Jumshoiry Novdany Mohd Sulaiman dan Pengarah Pperkeso Pahang, Tarmizi Mukhtar.

Pada 28 April lalu, dalam kebakaran dua rumah jenis Semi-D di Jalan Permatang Badak Perdana 2, menyebabkan dua maut manakala tujuh cedera.

Mohd Azwan meninggal dunia selepas enam hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas melecur 90 peratus akibat kebakaran itu.

Dalam kejadian jam 3 pagi, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun turut maut manakala tujuh lagi mengalami kecederaan.

Sementara itu, Tarmizi berkata, balu Allahyarham Mohd Azwan menerima pencen penakat secara bulanan seumur hidup.

Katanya, Perkeso sedia memberikan bantuan sewajarnya termasuk membantu waris dalam soal pendidikan anak-anak.

"Kita akan mengambil anak Allahyarham sebagai anak angkat Perkeso yang membolehkan mereka mendapat pelbagai manfaat terutama pada sesi persekolahan dalam soal pakaian dan peralatan persekolahan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rima-pencen-bulanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.044489 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list