CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Pahang] 'Ikut gerak hati saya, Tia masih hidup'

[Copy link]
Post time 28-5-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Sukri menunjukkan rumah rakit miliknya, lokasi anak perempuannya dilaporkan hilang. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Naluri sebagai seorang bapa, Muhammad Sukri Ali tetap merasakan anak perempuannya masih hidup selepas kanak-kanak itu didakwa hilang ketika majlis hari raya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Muhammad Sukri, 50, reda dengan sebarang kemungkinan jika sesuatu berlaku kepada Siti Nur Athhiyya Soffea yang baru berusia tiga tahun itu.

"Gerak hati saya dapat merasakan Tia (nama timangan Siti Nur Athhiyya Soffea) tidak terjatuh ke dalam sungai kerana Tia sudah biasa dan membesar di kawasan rumah rakit di sini.

"(Tidak dinafikan juga) memang Tia seorang kanak-kanak yang lincah dan ceria. Pada masa sama, Tia tidak akan ikut orang yang tidak dikenali," katanya ketika ditemui di rumah rakit di Bukit Rangin, di sini hari ini.

Berdasarkan laporan, Siti Nur Athhiyya Soffea dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam.

Ketika kejadian, Siti Nur Athhiyya Soffea memakai baju kurung merah di majlis itu.

Muhammad Sukri memiliki dua rumah rakit yang terletak di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungkan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana kemungkinan kanak-kanak itu jatuh dalam sungai.

Menceritakan kejadian, sebelum menyedari kehilangan anak perempuannya itu, Muhammad Sukri berkata, kebiasaannya Siti Nur Athhiyya Soffea akan tidur sekitar 2 atau 3 petang.

Bagaimanapun, katanya, mungkin disebabkan ada majlis hari raya, anaknya tidak tidur petang semalam.

"Saya harap anak saya ditemukan dan terima kasih kepada semua agensi yang terbabit dalam operasi mencari," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aya-tia-masih-hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.964124 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list